Apa itu SMART OPTION Pelan Medical Card AIA :
Nak pelan perubatan yang lebih jimat tapi tetap lengkap?
Dengan Smart Option, anda boleh nikmati perlindungan sama hebat seperti Medical Card biasa — cuma dengan caruman lebih rendah hingga 20%!
Smart Option direka untuk bantu anda kawal kos dengan sistem rawatan bijak yang dinamakan Smart Journey iaitu : bermula di Klinik Panel AIA → Klinik Pakar (jika diperlukan) → Hospital Panel AIA.
Lebih mudah, lebih jimat, dan lebih tenang bila sakit.
TANPA Smart Option, anda boleh sahaja terus ke hospital, tetapi dengan Smart Option, anda akan mengikut aturan proses yang telah ditetapkan untuk penjimatan optimum.
Kelebihan Utama Smart Option Pelan Medical Card AIA
✅ Caruman Lebih Rendah
Bayar kurang setiap bulan/tahun — diskaun caruman hingga 20% berbanding pelan biasa.
Contoh: Jika caruman asal RM150, kini cuma sekitar RM120 dengan Smart Option!
✅ Rawatan Teratur & Mudah Difahami
Smart Journey memastikan anda dapat rawatan mengikut langkah yang betul, dari klinik ke pakar hingga hospital. Tak perlu pening fikir proses.
✅ Kurang Risiko Tuntutan Ditolak
Bila anda ikut laluan Smart Journey, segala rekod dan dokumen rawatan diselaraskan. Proses tuntutan jadi lebih cepat, mudah, dan telus.
Cara Guna Smart Option Pelan Medical Card AIA
Langkah 1:
Klinik Panel Smart AIA (Smart GP)
Bila rasa tak sihat, terus ke Klinik Panel Smart AIA berdekatan. (Senarai Specialist Panel AIA untuk Smart Journey boleh dirujuk di laman web AIA Panel Locator )
Doktor akan periksa, beri ubat atau surat rujukan ke pakar jika perlu.
- Jika tidak teruk, anda boleh mengambil ubat di klinik dan pulang ke rumah untuk berehat. Sekiranya teruk dan perlukan rawatan di hospital, pihak Klinik Panel akan keluarkan Surat Rujukan (Refer Letter) ke Klinik Pakar (Specialist) di Hospital Panel Smart AIA. (Senarai Panel AIA untuk Smart Journey boleh dirujuk di laman web AIA Panel Locator )
Bayar bil klinik dahulu dan simpan resit untuk tuntutan nanti. (Jangan lupa simpan rekod : Resit & Nota Diagnosis dari doctor ya)
💬 Kecuali kes kemalangan — boleh terus ke hospital (Langkah 3).
Langkah 2:
Klinik Pakar di Hospital Panel Smart AIA (Smart Specialist)
Jumpa pakar menggunakan surat rujukan tadi.
Bayar bil rawatan pakar dan simpan semua dokumen (resit & laporan).
Langkah 3:
Hospital Panel Smart AIA
Hospital akan uruskan Guarantee Letter (GL) untuk kemasukan wad. (Senarai Hospital Panel AIA untuk Smart Journey boleh dirujuk di laman web AIA Panel Locator )
Selepas GL diluluskan, semua rawatan dan pembedahan akan ditanggung.
Anda hanya perlu bayar deduktibel RM500 (bergantung pada pelan).
Langkah 4: Rawatan Susulan
Jika doktor tetapkan rawatan lanjutan, pergi ke hospital panel seperti biasa.
Tiada bayaran tambahan — semuanya dilindungi di bawah GL yang sama.
Langkah 5: Buat Tuntutan Balik (Reimbursement)
Untuk kos yang anda dah bayar di Langkah 1 & 2, buat tuntutan melalui Aplikasi AIA+. (Rujuk Cara Claim di SINI )
Hanya muat naik resit & dokumen berkaitan.
Perlukan bantuan?
Hubungi ejen atau penasihat takaful anda — mereka sedia membantu.
Jika Tidak Ikut Langkah Smart Journey
Kalau anda terus ke hospital tanpa ikut laluan Smart Journey, anda mungkin dikenakan caj tambahan:
Deduktibel RM500, DAN
Ko-Takaful 20% daripada baki bil hospital.
💡 Contoh:
Kos rawatan RM8,000 →
Anda bayar RM500 + 20% × (RM8,000 – RM500) = RM2,000 sendiri.
Baki RM6,000 ditanggung oleh pelan Smart Option anda.
PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU
Apa itu Deduktibel, “Ko-Insurans/Takaful” dan “Ko-Insurans/Takaful X SMART” ?
Deduktibel

Deduktibel
Jumlah tetap yang anda perlu bayar terlebih dahulu untuk perkhidmatan perubatan atau rawatan bagi setiap hilang upaya sebelum pelan perubatan anda membayar baki perbelanjaan perubatan yang layak.
Sebagai contoh, Katakan pelan medical card kita ada deductible RM500.
Kalau bil hospital RM5,000 —
✅ Kita hanya perlu bayar RM500.
💰 Lepas tu, Takaful insurans tanggung baki RM4,500.
Ko-Insurans/Takaful
💡 Maksud Ko-Insurans / Ko-Takaful (Medical Card)
“Ko-Insurans” ni maksudnya kita kongsi bayar sikit daripada jumlah bil hospital — selebihnya syarikat insurans yang tanggung.
“Ko-Insurans = Kongsi bayar dengan insurans.”
🔸 Contoh mudah :
Bil hospital RM10,000.
Ko-Insurans = 10%.
✅ Kita bayar RM1,000,
💰 Insurans bayar RM9,000.
🧠 Cara ingat senang:
“Ko-Insurans = Kongsi bayar dengan insurans.”
🌟 Kenapa ada Ko-Insurans?
Disebab kita kongsi sikit bayaran rawatan kita di Hospital , premium/caruman bulanan kita pun jadi lebih murah.
- Dapat la jimatkan kos Takaful Insurans kita!
| Pelan Perubatan Dengan/Tanpa Ko-Insurans/Takaful dan/atau Deduktibel | Kos Perubatan | Deduktibel | Ko-Insurans/Takaful | Kos Perubatan | |
|---|---|---|---|---|---|
| Dibayar oleh AIA | Dibayar oleh Anda | ||||
| Tanpa Ko-Insurans/Takaful atau Deduktibel | RM 2,000 | – | 0% | RM 2,000 | RM 0 |
| Ko-Insurans/Takaful | RM 2,000 | – | 20% | RM 1,600 | RM 400 |
| Deduktibel | RM 2,000 | RM 500 | – | RM 1,500 | RM 500 |
| Ko-Insurans/Takaful dan Deduktibel | RM 2,000 | RM 500 | 20% | RM 1,200 | RM 500 + [20% * (RM 2,000 – RM 500)] = RM 800 |
Ko-Insurans/Takaful X SMART
Ko-Insurans/Takaful dibawah SMART OPTION di bawah Medical Card AIA
Anda dikehendaki membayar 20% daripada kos perbelanjaan perubatan yang layak sehingga amaun Ko-Insurans/Takaful X SMART yang dinyatakan di dalam polisi/sijil anda selepas pembayaran Deduktibel, JIKA
- TIADA surat rujukan dari Pengamal Perubatan Am (GP) dan/atau tiada rundingan dengan Doktor Pakar sebelum kemasukkan ke hospital ; ATAU
- TIDAK memilih Panel Penyedia SMART untuk GP (Langkah 1), Doktor Pakar (Langkah 2) atau Kemasukkan Hospital (Langkah 3).
DAN AIA akan membayar baki kos perbelanjaan perubatan yang layak sehingga had polisi/sijil anda.
Dengan Ko-Insurans/Takaful X SMART
Langkah 1
GP |
Langkah 2
Doktor Pakar |
Langkah 3
Hospital + Rawatan Susulan | Deduktibel | 20%
Ko-Insurans/Takaful X SMART pada bil perubatan | Bil Perubatan Yang Dibayar Oleh AIA | Bil Perubatan Yang Dibayar Oleh Anda | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| GP | Doktor Pakar | Hospital | GP | Doktor Pakar | Hospital | |||||
Lawat GP SMART |
Lawat Doktor Pakar SMART |
Masuk Hospital SMART | RM 500 | Tidak Berkenaan | RM 100 | RM 1,000 | RM 4,500* *Selepas menolak RM500 Deduktibel | ![]() Dibayar sepenuhnya | ![]() Dibayar sepenuhnya |
*Deduktibel |
Lawat
|
Lawat Doktor Pakar SMART |
Masuk Hospital SMART | RM 500 | Dikenakan pada Langkah 1 | RM 80 | RM 1,000 | RM 4,500* *Selepas menolak RM500 Deduktibel | RM 20 (20% dari RM100) | ![]() Dibayar sepenuhnya |
*Deduktibel |
Lawat
| Lawat
|
Masuk Hospital SMART (Doktor Pakar Panel Am AIA atau Doktor Pakar Bukan Panel AIA) | RM 500 | Dikenakan pada setiap Langkah | RM 80 | RM 800 | RM 3,600 *Selepas menolak RM500 Deduktibel | RM 20 (20% dari RM100) | RM 200 (20% dari RM 1,000) |
*Deduktibel |
Lawat
| Lawat
| Masuk
| RM 500 | Dikenakan pada setiap Langkah | RM 80 | RM 800 | RM 3,600 *Selepas menolak RM500 Deduktibel | RM 20 (20% dari RM 100) | RM 200 (20% dari RM 1,000) | RM 500* *Deduktibel |
Pengiraan:
Kos Perubatan
–
[ (Kos Perubatan – RM 500*) – 20% ]
Dibayar oleh AIA
=
Jumlah akhir bil perubatan
Dibayar oleh Anda
*Deduktibel
RM500 Deduktibel tambah 20% Ko-Insurans/Takaful X SMART tidak akan digunapakai bagi keadaan tertentu, termasuk:
- Rawatan Kecemasan, termasuk kes Kemalangan; atau
- Manfaat Rawatan Selepas Penghospitalan untuk Kanser dan Dialisis Buah Pinggang; atau
- Rawatan yang diterima di Kemudahan Penjagaan Kesihatan Kerajaan.
Jom Dapatkan Quotation PERCUMA untuk Anda dan Keluarga!
Nak tahu berapa jumlah Caruman (Premium) bulanan/tahunan untuk pelan pilihan anda dan keluarga anda?
Sila lengkapkan maklumat dibawah.
Perunding kami akan menghubungi dalam tempoh 24 jam.
* Maklumat ini hanya akan digunakan untuk menjana Sebutharga produk AIA SAHAJA.



