Koleksi Doa
Koleksi Doa
Doa & Zikir adalah satu ibadat.
Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T.

Islam Pocket

Doa..
Doa adalah satu ibadat. Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib penuh tawadu’ dan mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai satu budaya atau adat. Doa merupakan satu cara hidup yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Sebagai satu ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul, masa yang sesuai dan suasana yang baik.
Doa Menghindari Gangguan Ketika Berzikir
Sidi Abu al-Hasan al-Syaziliy berkata: Sekiranya berlaku pada seorang murid banyak lintasan hati dan was-was ketika berzikir maka tawajjuhkanlah hati kamu kepada guru kamu. Seandainya masih tidak hilang maka tawajjuhkan hati kamu kepada Allah dan berkata seolah-olah berbicara dengan perasaan was-was itu:
(Ibrahim:19-20)
“Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan haq. Jika Allah menghendaki, niscaya Dia membinasakanmu dan mengganti(mu) dengan makhluk yang baru, (QS. 14:19) dan yang demikian itu sekali-kali tidak sukar bagi Allah. (QS. 14:20)” (QS. Ibrahim: 19-20)
Dipetik daripada Kitab al-Anwar al-Qudsiyyah, karangan al-Syiekh Abdul Wahhab al-Sya’raniy
Doa Memohon Kekuatan Untuk Beribadah
اَللّٰهُمَّ اَعِنِّيْ عَلٰى ذِ كْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Allaahumma a’innii ‘alaa dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibaadatika
Maksudnya :
“Ya Allah, bantulah aku agar selalu mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah kepada-Mu dengan baik.”
Doa Memulihkan Penyakit Nyanyuk Dan Lupa
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Surah al-A ‘laa: 06
“Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu – dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa” (Al-A’laa 87:6)
Letakkan tangan di atas kepala setiap kali selepas solat dan membaca ayat ke-6 surah al-A‘laa sebanyak 7 kali.
Doa Ketika Barang Hilang
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيهِ، اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَآلَّتِي
Allahumma ya jami’an nasi li yaumin la raiba fihi, ijma’ baiia wa baina dlallati fi khairin waa’ fiyah.
(Dibaca sebanyak 10 kali)
Maksudnya:
“Wahai Tuhan Yang Menghimpunkan menusia di hari yang tidak ada ragu-ragu lagi padanya, himpunkanlah aku dengan barangku yang hilang itu.”
Doa Untuk Temuduga
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
يَا تَآمُّ فَلاَ تَصِفُ الأَلْسُنُ كُلَّ جَلاَلِ مُلْكِهِ وَعِزِّهِ
Dibaca sebanyak 25 kali.
Dipanjangkan oleh,
DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ AHMAD
Mantan Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus.
__________________________
Amalkan :
- Surah Al-Fatihah (Pembuka Doa)
- Surah 3 Qul (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas)
- Ayat Qursi (Sangat ampuh elak sihir, santau)
- Surah Alam Nashrah
- Selawat atas Nabi Muhammad sebanyak-banyaknya
Doa Untuk Mendapatkan Anak
Perbanyakkanlah doa di bawah ini untuk mendapatkan anak:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Al-Anbiyaa 089
Yang bermaksud, “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.
· Hendaklah menjaga adab-adab ‘bersama’ dengan isteri.
Memilih waktu yang sesuai. Disunatkan ‘bersama’ dengan isteri pada malam Jumaat dan hari Jumaat.
Disebutkan dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali, makruh ‘bersama’ dengan isteri pada tiga malam iaitu pada awal bulan, pertengahan bulan (hari ke 15) dan akhir bulan. Ini kerana dikatakan syaitan hadir bersama sesiapa berjimak pada malam tersebut. Ada pula mengatakan syaitan berjimak pada malam berkenaan. Hal ini diriwayatkan oleh Saidina Ali, Muawiyah dan Abu Hurairah.
Disebutkan juga dalam kitab Bahru Mazi karangan Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, tegahan ‘bersama’ dengan isteri pada beberapa waktu kerana takut terkena bencana kepada anak (gila) iaitu pada awal malam daripada mana-mana bulan dan pada akhirnya dan pada lima belas hari bulan kerana anak menjadi suka terkejut.
Perkara ini juga dinyatakan di dalam kitab al-Wasoya karangan Muhyiddin Abi Abdullah al-Hatami al-Ta’ie al-Andalusi (Ibnu Arabi) dengan sabda Nabi saw.
Wahai Ali, janganlah kamu mendatangi ahli kamu (berjimak dengan isteri) pada malam awal bulan (takwim Hijriyah) dan malam pertengahan bulan, ditakuti anak kamu bodoh/jahat. Ali bertanya: “Kenapa wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Ini kerana kebanyakkan jin mendatangi perempuan mereka (berjimak) pada malam awal bulan dan malam pertengahan bulan (takwim Hijriyah). Sanggupkah kamu melihat orang-orang gila berebut-rebut( mendatangi isteri kamu) pada malam pertengahan bulan dan malam awal bulan?.
Doa Bagi Mereka Yang Sukar Untuk Berkahwin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٍ
Dan diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a, beliau berkata: Rasulullah saw telah berwasiat kepadaku dengan sabdanya:
يا علي: استكثر من قراءة يس، فان فى قراءة يس عشر بركات، ما قرأها قط جائع إلا شبع، ولا قرأها ظمآن إلا روي، ولا عار إلا اكتُسي، ولا مريضٌ إلا برىء، ولا خائفٌ إلا آمن، ولا مسجونٌ إلا انفرج، ولا أعزبُ إلا تزوج، ولا مسافرٌ إلا أعين على سفره، ولا قرأها أحدٌ ضلّت له ضالّـةٌ إلا وجدها، ولا قرأها على رأس ميت حضر أجله إلا خُفِّف عليه، ومن قرأها صباحا كان فى أمان إلى أن يمسى، ومن قرأها مساء كان فى أمان حتى يُصبح.
Wahai Ali! Hendaklah kamu memperbanyakkan membaca surah Yasin kerana membacanya mendapat sepuluh keberkatan.
Tidaklah dibacanya oleh orang yang lapar kecuali dia menjadi kenyang, orang yang dahaga akan hilang dahaganya, orang yang tidak berpakaian akan diberikan pakaian, orang sakit akan disembuhkan, orang yang takut akan menjadi aman, orang yang terpanjara akan dibebaskan, orang yang bujang akan dikahwinkan, orang yang bermusafir akan dijaga dalam perjalanannya dan orang yang tersesat akan berjumpa jalan.
Tidaklah dibacanya pada kepala mayat yang telah sampai ajalnya kecuali diringankan atasnya. Siapa membacanya pada waktu pagi, dia beroleh keamanan hinggalah ke petang dan siapa membacanya pada waktu petang, dia beroleh keamanan hinggalah ke waktu subuh[1].
[1] Al-Wasaya, al-Syeikh al-Akbar Muhyuddin bin ‘Arabi, Dar al-Iman Beirut, cetakan kedua 1997, Wasiat yang ke 82, hlmn 195.
Doa Menaiki Kenderaan
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ.
(al-Zukhruf 13-14)
” Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya (13) Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali! (14) ”
Supaya tujuan perjalanan kita tertunai, maka bacalah ayat al-Kursi sebagaimana pesanan Rasulullah SAW kepada Saidina Ali,
يا علي: إذا خرجتَ منْ منزلك تريدُ حاجةً فاقْرَأ آية الكرسي، فَإن حاجتك تقضى إن شاء الله تعالى
Yang bermaksud: Wahai Ali, jika kamu keluar dari rumah untuk hajat yang sangat penting maka bacalah ayat al-Kursi nescaya hajat kamu akan tercapai dengan keizinan Allah swt[1].
[1] Dipetik daripada kitab al-Wasoya karangan Muhyiddin Abi Abdullah al-Hatami al-Ta’ie al-Andalusi (Ibnu Arabi)
Doa Menghilang Kesusahan
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin
Maksudnya :
Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
Doa Ketika Mendapat Mimpi Baik
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ قَطْلَ الْحَاجَتِ
Alhamdulillahil ladzii qodzoo haajaati
Maksudnya:
“Segala puji bagi Allah yang telah memberi hajatku”
Doa Ketika Mimpi Buruk
اَللّٰهُمَّ إِنّىِ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ
Allaahumma innii a’uudzubika min ‘amalisy syaithaani wa sayyiaatil ahlami
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan kepada Engkau dari perbuatan setan dan dari mimpi-mimpi yang buruk”