TIPS BEBAS HUTANG
TIPS BEBAS HUTANG
4 Tabiat Asas Kewangan Peribadi
Baiklah, bila kita dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin rakan-rakan semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya kongsikan ini.
TIPS BEBAS HUTANG
Tabiat #1: Beli secara tunai.
4 Prinsip Bebas Hutang – Bayar Secara Tunai
 Berhenti dan jauhkan diri dari terlibat dengan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dan sebagainya.
Ingat, kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
TIPS BEBAS HUTANG
Tabiat #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
4 Prinsip Bebas Hutang – Hidup di bawah kemampuan & bukan ikut kemampuan
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
- Kalau ada barang tak pakai dalam rumah, jual sahaja
- Kalau sekarang subscribe Astro Full Channel, Downgrade langganan anda atau hentikan terus langganan anda
- Kalau sekarang kereta besar, tak salah downgrade buat sementara waktu kepada kereta yang cukup untuk keperluan, bila downgrade, kos minyak, maintenance, insurance, roadtax akan lebih rendah
- Kalau sekarang kerap makan di luar, boleh usaha untuk masak di rumah & bawa bekal ke pejabat. Jimat & berkhasiatÂ
Untuk tips ini, point nya adalah hidup di bawah kemampuan.Â
TIPS BEBAS HUTANG
Tabiat #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
4 Prinsip Bebas Hutang -Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit
Mula menyimpan SEKARANG.
Bukan esok, lusa, tapi SEKARANG.
Sikit pun tak apa, asalkan simpan.
Contoh nya mula simpan RM20 sebulan. Terus buat potongan gaji atau akaun simpanan ke akaun Tabung Haji atau ASB. (bukan tunggu duit lebih hujung bulan).
Cuba cabar diri sendiri, setiap kali naik gaji, tambah potongan gaji ke Tabung Haji atau ASB
Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, cabar diri simpan RM2 sehari, masuk dalam tabung khas.
Bila hujung bulan, masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) yang dah disimpan tu ke akaun bank.
Yang penting mesti menyimpan!
TIPS BEBAS HUTANG
Tabiat #4: Bina pendapatan kedua.
Prinsip Bebas Hutang : Bina Pendapatan Kedua
Usaha belajar dan libatkan diri dalam bisnes, tapi BUKAN skim-skim “bisnes”.
Anggap gaji tu sebagai duit untuk tampungan hidup setiap bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan.
Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%!
Percayalah! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan anda bebas dari hutang, Insyaallah.
Second income penting sebagai “backup” income utama, dan untuk tambahkan simpanan.
Dari Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Anda sedang mencari Second Income?
Baca di sini : JAWATAN KOSONG! Kerjaya Partime / Sepenuh masa
Perbezaan antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!
Percayalah, kalau yang bujang dan suami isteri masih bekerja, lagi mudah untuk praktik kan tips ini.Â
Baca Juga :::Â
Berapa Anggaran Kos Rawatan Kanser di Malaysia?
*************************
7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun
#1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa-apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. Kumpul duit dulu, bila dah cukup baru beli.Â
Buat pengiraan bulanan apakah mampu kita menambah hutang dalam perbelanjaan kita? Selain dari tu.. bersabar, bersabar, bersabar. Kumpul duit dan baru berbelanja~
#2: Selesaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dahulu
Sebagai contoh, hutang kad kredit (18% setahun) kena selesaikan dulu sebelum hutang kereta (3% – 5% setahun).
Senaraikan semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Bayar & selesaikan dahulu hutang yang Interest rate paling tinggi.
Hutang Asset seperti hutang rumah boleh diselesaikan akhir sekali sebabnya ia adalah “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!Â
Harta seperti rumah akan bertambah nilai nya dari masa ke semasa oleh itu boleh diselesaikan akhir sekali.
#3: Buka Tabung / Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada.
Bayar ansuran pinjaman seperti biasa, dan dalam masa sama letak duit lain ke dalam tabung/dana tersebut.
Bila duit dah cukup, buat full-settlement terus. Tahukah anda? Dengan full-settlement, kita akan lebih jimat dan tak perlu bayar interest lebih banyak berbanding dengan lebihkan bayaran ansuran bulan-bulan.
Full-settlement ni maksudnya kita bayar nilai “pokok” manakala ansuran bulan-bulan yang biasanya kita bayar tu maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Best tau bila buat Full-settlement untuk habis kan hutang lebih awal dari tempoh sepatutnya sebab kita akan dapat kurangkan bayar interest.
Hish, xpayah la bazirkan duit anda bayar interest!
#4: Guna rezeki – durian runtuh seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Buat sementara waktu, ketepikan kehendak anda. Guna dahulu bonus anda untuk selesaikan hutang! Anda akan lebih cepat selesaikan hutang anda. Yang ni kene kuat sikit lah menahan diri ya~
#5: Ketepikan duit kenaikan gaji tahunan ke dalam Tabung/Dana Full-settlement Hutang.
Ingat tak tentang Tabung/Dana Full-Settlement? JANGAN usik dana tu!
Setiap kali ada kenaikan gaji, kira berapa kos sara hidup anda untuk setahun akan datang dan tolak dengan amaun kenaikan gaji tahunan anda.Â
Contoh nya, gaji anda naik RM200, setelah anda kira kos sara hidup untuk tahun semasa, kos sara hidup akan bertambah RM120 sebulan disebabkan anak anda dah masuk sekolah.Â
Maka, masukkan lebihan RM200 – RM150 = RM 50 sebulan ke dalam Tabung/Dana Full-Settlement anda. Â
#6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Alhamdullillah, anda berjaya selesaikan satu hutang.. Jangan lupe sujud syukur ya! Apa langkah seterusnya?
Ok sebagai contoh,
Katekan anda berjaya buat full-settlement Kad Kredit yang installment nya RM500 sebulan, simpanlah RM500 tu masuk ke Tabung/Dana Full-settlement Hutang tadi.
Ehem, Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai “kenaikan gaji”, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
#7: Bayar hutang secara automatik!
Setengah orang suka lari dari buat potongan automatik untuk selesaikan hutang bulanan. Jangan begitu! Nanti terlupa bayar.. dah kena buang duit bayar denda..
Maka, sila buat potongan gaji secara automatik / Auto Deduct supaya kita tak lupa bayar.
Semooga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk Bebas Hutang ya!
Kredit pada penulis idea asal ya.
Baca juga : Kat mana lagi kita boleh buat simpanan BERBALOI selain dari Tabung Haji, ASB & KWSP?Â