Pakcik Kejang Menggelupur di Restoran Jejantas, Ayer Keroh Melaka


Baru terjadi tadi…

On the way balik Johor singgah Restoran Jejantas, Ayer Keroh, Melaka.

Singgah sekejap di situ, nak makan, lapar.

Sambil dukung anak, 9 bulan, Erisha, melintas jalan, tiba-tiba ada abang ni panggil2, pandang dia, dekat sebelah dia ada pakcik tengah kejang menggelupur kat tepi jalan.

Terkejut, sambil kendong erisha, sy terus lari ke kereta sbb perasan ada kete peronda sblah kete ktorg.
Ketuk2 pintu mcm nk pecah pintu, panic suruh abang peronda cpt keluar kete, ade pakcik kejang tepi jln.

Abang peronda datang,
Abang Food Panda datang,
Cleaner datang,

Tindakan Selepas Nampak Kejadian tu

Abang Peronda call ambulans.

Pakcik terus kejang, mata merah, tiada focus, grasp for air,
Sy mintak abang2 kat situ mengiringkan badan pakcik,
Abang Food Panda datang pangku pakcik urut2 dada pakcik sapu2 kepala pakcik.

Abang Food Panda pangku pakcikyang masih tidak sedar selepas jatuh kejang seorang diri di tepi jalan di Restoran Jejantas, Ayer Keroh, Melaka

Gambar : Abang Food Panda pangku pakcikyang masih tidak sedar selepas jatuh kejang seorang diri di tepi jalan di Restoran Jejantas, Ayer Keroh, Melaka

 

Saya tengok jam. Ok dah 5 minit ni pakcik kejang grasp for air lagi ni…
Apa lagi yang boleh saya buat supaya tak terlmbat buat apa2.

Saya mintak abang2 kat situ seluk poket pakcik cari info pasal pakcik ni..
Masa jumpa memang dia terbaring keseorangan..

 

Segera Mencari Waris Pakcik 

Saya ambil HP pakcik, scroll carik contact family kat WhatsApp.
Menggigil scroll HP pakcik carik contact yang boleh dihubungi..
Jumpe contact rasanya macam anak pakcik, call, xdapat2,

Tanpa buang masa, saya scroll lagi, jmpe sorang yg macam conversation nasihat macam tau pakcik ni tengah travel.
Call lagi sekali, ada orang angkat call.

“Salam puan, saya Elya, sy nk tanye.. puan kenal x owner HP ni ya?”
“Saya kenal, sape ni ye?”
“Puan sape ye dengan owner HP? Family ke ye?”
“Hmm.. saya Ex-Wife dia, nape ye?”
“Okay cmni puan, Ex husband puan ni kami jumpe terbaring tepi jalan sorang2, sy xtau nk contact sape, puan tahu tak sape yang saya boleh contact skrg?”
(Ex terkejut, Ya Allaaah!!)
“Eh isteri dia ada dengan dia tu, kat situ kat situ!”
“Boleh puan tolong call dia inform? Kami kat tepi jalan ni”
“Boleh2 terima kasih yaa, ya Allah abangggg!!”

Ok ambulance dh call,
maybe family da call.
Sementara tu cari lagi dalam WhatsApp mungkin ada contact lain yang boleh call.

Call jugak kawan2 doktor, nak tanye ape nak buat sekarang ni?
Tapi tak berangkat. Maybe sebab dorang bz attend pesakit 😅

Tiba2 ada wanita ni datang jenguk.
Menjerit, eh ni suami sayaaa, terus meraung tengok2 suami jadi camtu,
Saya update la detail kat wife dia..
12.05 tengah hari kejang,
12.15 tengah hari masih xsedarkan diri.

Waris dah ada, Ambulance dah on the way ke tak?

Sy call 911 lagi sekali sebab xpasti ambulance da on the way belom.
Operator pass pada hospital, hospital maklumkan ambulance da on the way.

Abang Food Panda masih usap pakcik ajar mengucap kat pakcik, pakcik masih tak sedar.
Sy tenangkn wife pakcik, cakap ambulance on the way, mintak dia prepare barang2,
“Barang ape eh?”
“Dokumen personal? IC, rekod sakit, ubat, etc”

Wife pergi kerete dapatkan barang2.
Ngam2 ambulance sampai.
Cek keadaan pakcik.

Ambulance tiba dan segera bawa pakcik dan isteri pergi ke Hospital Gambar : Ambulance tiba dan segera bawa pakcik dan isteri pergi ke Hospital

 

Exchange no HP dengan wife pakcik..
Mudah2an pakcik xjadi pape..

Mase menunggu tadi wife ade cakap..
memang tengah tunggu pakcik depan R&R.. tapi dia xsampai2.. tu yang cari dia.. tengok2 camni..

Maaf puan.. saya ada baby ni, saya xdapat tolong banyak..
Tp saya da call inform itu ini, abang ni dah call ambulance, (cerita details)

Sekarang pakcik kat hospital tengah check kat emergency..
Mudah2an tak jadi pape…
😭😭😭😭😭

Selepas pakcik & wife naik ambulance, kami beredar, kejadian tu terngiang2 dalam kepala sampai dapat notification kat Jam saya –
Your Stress is too high! Please take a moment to relax!

Garmin Venu 2S - Stress Indicator 

Apekah nasib kita atau keluarga kita kalau2 berdepan atau terkena dengan situasi camni..

😭😭😭😭😭

 

Dapatkan HADIAH PERCUMA dari saya!

X
error: Content is protected !!