Metafizik 1 : Pengiraan Tarikh Lahir
Apa itu Metafizik?
Ilmu Metafizik adalah ilmu yang mengumpulkan database manusia2 terdahulu yang mempunyai pattern2 tertentu yang dikenali sebagai No Asas dan Pola.
Dari pengumpulan data tadi, dirumuskan akan sifat dan huraiannya serta dijadikan formulasi untuk kita baca manusia2 yang lain yang ada persamaan pola.
Manusia dibahagikan kepada 9 kategori no asas mengikut tarikh lahir yang digunakan si subjek..
Baca di Sini : Pengenalan Berkenaan Metafizik. Apa Itu Metafizik?
*****************************************
*TOPIK : SIAPAKAH SAYA*
Melalui kaedah pengiraan Metafizik, Petunjuk Pertama yang boleh kita pelajari adalah cara mengira no asas/akar menggunakan tarikh lahir. Dari No Asas/ No Akar, kita dapat pelajari tentang :
Siapakah Diri Kita Sebenarnya?
Apa Potensi Kita?
Apa Kelebihan Kita?
Apa Kekurangan Kita?
JOM KITA KIRA!
TARIKH LAHIR : 01/05/1976
6 + 5 = 11.
Dah dapat Jawapan?
Berapa No Asas kawan2?
JOM Lihat Huraian Nombor Asas Kita!
#1 HURAIAN NO ASAS 1 – KETULENAN
Warna Diri : EMAS/PUTIH/PERAK
Warna Kekuatan : HIJAU
KAREKTOR/PERSONALITI:
Suka Sendiri/ Berdikari / Pemimpin.
Mampu meneruskan kehidupan walaupun dimana berada kerana sifat berdikari.
Bersifat elemen Logam atau Besi iaitu keras, kuat dan teguh.
SIFAT POSITIF :
Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.
Huraian Individu Asas 1 berdasarkan Akademi Metafizik Excel 769 :
Anda adalah seorang “Leader”. Mempunyai kekuatan diri dan sentiasa berfikiran positif. Teliti dalam melakukan sesuatu perkara. Mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan untuk melakukan sesuatu perkara.
Sentiasa berada di hadapan dan selalu menjadi pemimpin dalam sesuatu kumpulan, persatuan dan sebagainya. Boleh berdikari, tegas dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Keyakinan diri yang tinggi dan suka bebas.
Ceburilah bidang yang anda minati dan akan membuahkan hasil yang baik kerana kejayaan adalah milik anda. Anda bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang anda minati.
Yang tak bestnya adalah anda tidak mudah jadi pengikut, sebab anda mempunyai sifat ketua dan kepimpinan. Anda dilihat sebagai diktator dan kurang berdiplomasi.
Anda mahukan pengikut/orang sekeliling anda setia dengan anda. Mementingkan diri sendiri dan tidak mudah menerima kritikan.
Baca juga : Berapa Anggaran Kos Rawatan Kanser di Malaysia?
**********************************
#2 HURAIAN NO ASAS 2 – PENDAMAI
Warna Diri : BIRU / HITAM
Warna Kekuatan : MERAH / UNGU / OREN
KAREKTOR/PERSONALITI:
Bakat pada Suara.
Tertib, merdu, bernada bila mengalunkan suara.
Bersifat elemen Air iaitu suka ketenangan dan kedamaian.
SIFAT POSITIF :
Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.
- Bercirikan sifat kewanitaan atau keperempuanan iaitu penyayang, pendamai, pemaaf, lembut dan tenang
- Mesra alam kerana mudah ambil berat dan memahami orang lain membuatkan senang mempunyai rakan-rakan
- Kawan yang ideal atau pembantu yang bagus atau pekerja yang baik
- Suka menolong dan membuat kerja untuk orang lain
- Suka membuat kerja mengikut tertib, atau mengikut peraturan
- Suka bersih, kemas dan kesempurnaan didalam sesuatu perkara dilakukan
Huraian Individu Asas 2 berdasarkan Akademi Metafizik Excel 769 :
Dua adalah simbol untuk 2 perkara, 2 situasi, 2 benda dan 2 pilihan dimana anda perlu membuat keputusan salah satu daripadanya.
Anda mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang bernas, tetapi tidak mempercayai kebolehan diri sendiri. Anda adalah ’follower’, pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang bagus. Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati membuatkan anda adalah teman yang sempurna.
Dua perkara yang membuatkan anda mudah mencapai apa yang anda inginkan adalah dengan cara diplomasi dan kebijaksanaan. Kunci kejayaan anda adalah bekerjasama dengan orang lain yang memberikan anda halatuju dan arahan.
Yang tak bestnya adalah anda tidak mempercayai kebolehan sendiri. Sukar untuk membuat keputusan yang muktamad dan mudah ”confuse” untuk membuat keputusan. Disebabkan anda lembut hati, anda tidak tahu mengatakan “tidak” kepada orang lain. Anda juga mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Baca juga : Cara Daftar PERKESO untuk Sesiapa yang bekerja sendiri
**********************************
#3 HURAIAN NO ASAS 3 – KETELITIAN
Warna Diri : MERAH / UNGU/ OREN
Warna Kekuatan : EMAS/ PUTIH/ PERAK
KAREKTOR/PERSONALITI:
Agresif , Lasak, Pantas, Suka aktiviti sukan.
SIFAT POSITIF :
Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).
- Idealistik, aktif, berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri.
- Pantas dalam bertindak atau cepat buat kerja, tidak rasa penat
- Suka bersosial, mudah mesra, pandai berjenaka, ceria dan mudah bergaul
- Kreatif dan mempunyai Kelebihan lisan dan perkataan yang boleh digunakan dalam bidang penulisan, percakapan dan lakonan
- Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap sesuatu
- Suka pada aktiviti luar dan mencabar
- Nampak seperti org muda walaupun berusia
Huraian Individu Asas 3 berdasarkan Akademi Metafizik Excel 769 :
Anda dikaitkan dengan karektor “serba boleh (all-rounder)”. Nombor tiga adalah nombor segitiga, iaitu simbol kepada manusia yang mempunyai anggota badan, jiwa dan roh. jadi, anda lebih kepada kerohanian, kekuatan pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun temurun atau agamanya.
Anda dilihat sebagai agresif, kreatif, mudah bersosial, mudah mesra, pandai berjenaka, ceria selalu dan mudah bergaul. Juga, kebolehan berfikir dengan baik.
Mempunyai kelebihan lisan/bercakap, yang boleh digunakan dalam bidang penulisan, percakapan dan lakonan. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap sesuatu.
Yang tak bestnya, anda jarang dapat menghabiskan atau menyudahkan sesuatu perkara/projek. Juga anda suka cakap lepas tanpa berfikir dan boleh menyebabkan orang lain terganggu.
Baca juga : Kenapa Masih Tak Ambil Insurance?
**********************************
#4 HURAIAN NO ASAS 4 – KONSERVATIF
Warna Diri : HIJAU
Warna Kekuatan : COKLAT / KUNING / BEIGE
KAREKTOR/PERSONALITI:
Bijaksana, suka pada ilmu dan fakta, perancang.
SIFAT POSITIF :
Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.
- Bijak dan Berilmu
- Suka mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat keputusan
- Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan sesuatu perkara
- Sentiasa menjadi perancang dan banyak menggunakan strategi
- Suka pada perkara fakta, dan tidak mudah percaya pada perkara karut, tetapi akan menjadi taksub bila sudah yakin
- Sangat tekun bekerja, mampu bersabar, bekerja keras dalam sesuatu tugasan, sangat peka dan tradisional
Huraian Individu Asas 4 berdasarkan Akademi Metafizik Excel 769 :
Individu bernombor 4 adalah seorang yang mahu membina sesuatu berdasarkan logik dan asas yang kukuh. Nombor ini juga menggambarkan “Perancangan”. Tidak suka membuat sesuatu dengan sambil lewa.
Mengambil berat kepada butiran terperinci.
Anda juga tekun bekerja, mampu bersabar, bekerja keras dalam sesuatu tugasan, sangat peka dan tradisional. Suka kepada perkara yang mempunyai sistem, logik dan praktikal. Anda juga boleh fokus dalam sesuatu walaupun orang lain sudah hilang tumpuan.
Anda adalah seorang yang loyal (setia) dan konservatif.
Yang tak bestnya, anda suka simpan sendiri, berfikiran sempit, cemburu, amat degil dan suka menggunakan cara sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara.
Individu bernombor empat ini perlu mengambil kira pandangan orang lain dan berterus terang dalam sesuatu perkara itu.
Baca juga : 6 Tips Memilih Takaful Insurans
**********************************
#5 HURAIAN NO ASAS 5 – PERINTIS
Warna Diri : COKLAT / KUNING / BEIGE
Warna Kekuatan : BIRU / HITAM
KAREKTOR/PERSONALITI:
Kilang idea, inovasi, suka mengarah, banyak idea yang belum tiba masanya.
SIFAT POSITIF :
Memiliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.
- Suka mencari sesuatu yg baru atau mencuba perkara² baru
- Banyak peluang tersedia dan berani mengambil risiko
- Bertenaga dan bersemangat yang tinggi/kuat
- Berkarisma, boleh memimpin dan menjadi tumpuan ramai
- Biasanya individu ini adalah pegawai tinggi kerajaan atau individu berpangkat kerana boleh mengurus atau mengarah sesuatu jabatan
- Minat berniaga dan travel
Huraian Individu Asas 5 berdasarkan Akademi Metafizik Excel 769 :
Individu ini mempunyai tenaga dan semangat yang amat kuat. Sentiasa mahukan perubahan yang berterusan. Suka mencuba perkara baru dan melakukan perubahan mengikut cara yang luar dari kebiasaan.
Amat bangga dengan kebebasan dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu perkara. Sangat rajin dan akan mencapai kejayaan di kemudian hari.
Sentiasa sibuk mencari sesuatu kerana merasakan dunia ini adalah sekolah. Individu ini juga memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap pengalaman yang diterima.
Berkarisma, boleh memimpin dan selalu menjadi “centre of attraction”. Tak suka berangan-angan.
Tetapi, anda juga adalah yang suka “boasting” atau “jual minyak”. Anda juga seorang yang degil, keras kepala, emosional dan pemarah. Anda juga mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak puas hati serta perasaan terlampau inginkan perubahan yang berterusan dan tidak tetap dalam melakukan sesuatu.
Individu nombor “5″ ini sepatutnya lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil, melihat sesuatu dengan teliti serta menimbangtara semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sebarang keputusan. Dengan cara ini, individu ini akan menjadi seorang yang dihormati oleh semua orang.
Baca juga : Kisah Pakcik Kejang Menggelupur Seorang Diri di R&R Air Keroh Melaka
**********************************
#6 HURAIAN NO ASAS 6 – ROMANTIS
Warna Diri : EMAS / PERAK / PUTIH
Warna Kekuatan : HIJAU
KAREKTOR/PERSONALITI:
Tidak suka perkara gosip. Fokus pada buat duit. Individu ini suka bercerita tentang dunia kewangan dan mencari peluang buat duit untuk kekayaan.
Bersifat elemen Logam atau Besi kerana seorang yang degil, suka mengarah dan terlalu mahukan ketepatan.
SIFAT POSITIF :
Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.
Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.
- Sukakan kemewahan yang menjadikan ia sebagai satu penggerak untuk mencipta kekayaan
- Tidak suka berbalah dan suka menjadi penyelesai masalah org lain kerana mempunyai kefahaman dan kesabaran untuk melihat kedua pihak bertelagah untuk bersefahaman
- Sukar untuk marah kerana dapat mengawal kemarahan
- Sangat penyayang dan romantik
- Seorang kaunselor yang baik kerana mudah bersimpati dan memahami
- Menitikberatkan hubungan kekeluargaan yang bahagia
- Menitikberatkan persahabatan abadi
Huraian Individu Asas 6 berdasarkan Akademi Metafizik Excel 769 :
“Penyesuaian Diri” adalah cara anda untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Anda “terror” untuk adjust dalam setiap perkara.
Anda selalu memainkan peranan “pendamai” kerana anda mempunyai kefahaman dan kesabaran untuk melihat dua pihak yang bertelagah untuk mencapai persefahaman atau perdamaian.
Cinta merupakan kekuatan anda, apatah lagi anda adalah seorang yang mementingkan keadilan dan saksama. Rumah dan kekeluargaan merupakan titik tolak untuk kebahagiaan anda. Paling produktif, berorientasikan keluarga dan keluarga yang hadir selepas perkahwinan seperti anak-anak, adik-beradik dan saudara mara.
Nombor enam mewakili kesenangan atau kekayaan. Tidak suka pada kemalasan dan membuat sesuatu secara lewa.
Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Dan dalam melakukan sesuatu, anda akan buat sekiranya ada benefit ataupun kepentingan.
Baca juga : Ujian Personaliti melalui Gambar Ilustrasi
**********************************
#7 HURAIAN NO ASAS 7 – INTELEKTUAL
Warna Diri : BIRU / HITAM
Warna Kekuatan : MERAH / UNGU / OREN
KAREKTOR/PERSONALITI:
Mempunyai kekuatan penyokong, suka berkawan, bijak berpidato / sifat suka membantah , sesuai dalam bidang penyiasatan atau pidato.
SIFAT POSITIF :
Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.
- Ramai penyokong kerana sukakan hiburan atau menghiburkan atau dihiburkan. Mahu popular, mudah cari dan tarik penyokong
- Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya dikhalayak ramai
- Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah
- Mudah mendapat sokongan. Sangat besar pengaruh dan boleh membina rangkaian dalm networking
- Pandai berhujah dan mudah mematahkan hujah² org lain
- Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara
- Sangat menghargai dan suka berterima kasih
- Penuh dengan belas kasihan dan penuh dengan sifat membantu
- Ada kekuatan 6th sense dan kadangkala mengalami déjà vu keadaan yang mana anda seperti telah melalui sesuatu pengalaman atau keadaan sebelum ianya benar-benar berlaku
Huraian Individu Asas 7 berdasarkan Akademi Metafizik Excel 769 :
Individu yang bernombor 7 (tujuh) ini adalah ”Pencari” . Seorang yang terlampau suka berfikir dan cenderung untuk mengkaji diri sendiri. Anda akan menyelidik sesuatu perkara dengan mendalam untuk mengetahui sebab musabab ianya berlaku.
Ada kekuatan “6th Sense”. Sukakan “originality”. Merupakan pemikir, sukakan kedamaian, sukakan ketenangan, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya akan menerima sesuatu berdasarkan fakta. Sukar untuk menerima sesuatu dengan mudah.
Penuh dengan belas kasihan, penuh dengan sifat membantu, punya minda yang baik dan mampu untuk mengumpulkan pengetahuan dari semua bidang.
Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang “sensitif”, “berangin” dan suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan taupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika anda berada dalam mood yang salah.
Baca juga : Ujian Personaliti – Szondi Test
**********************************
#8 HURAIAN NO ASAS 8 – PENYELESAIAN
Warna Diri : MERAH / UNGU/ OREN
Warna Kekuatan : EMAS/ PUTIH/ PERAK
KAREKTOR/PERSONALITI:
Penguasa/ suka menguasai / ketua (kuasa Veto), suka di beri tanggungjawab untuk dilaksanakan . Tidak lengkap kehidupan tanpa tanggungjawab
SIFAT POSITIF :
Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.
- Mudah terima tekanan hidup berbanding dengan orang lain kerana sanggup mengambil tanggungjawab di mana² organisasi atau menjadi ketua didalam organisasi tersebut
- Mempunyai ketelitian dan tegas dalam aspek kewangan dan sesuai menjadi juruaudit
- Berkebolehan dalam bidang pengurusan dan penyelesaian
- Setia dan boleh dipercayai
- Ingin membuktikan kehebatan dan berjuang sampai berjaya
- Suka membantu orang lain dan gemar mempertahankan kawan
Huraian Individu Asas 3 berdasarkan Akademi Metafizik Excel 769 :
Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan sesuatu jabatan, perniagaan, projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan. Sekiranya anda sudah berkahwin, sudah semestinya anda pandai menguruskan keluarga.
Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat gemar akan suasana kehidupan yang baik. Seorang yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas dan kuat bekerja.
Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi anda. Anda juga seorang yang materialistik.
Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya.
Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau berfaedah.
Baca juga : Kenapa Masih Tak Ambil Insurance?
**********************************
#9 HURAIAN NO ASAS 9 – GLAMOUR
Warna Diri : HIJAU
Warna Kekuatan : COKLAT / KUNING / BEIGE
KAREKTOR/PERSONALITI:
bermasyarakat , pandai berlakon, suka pada privasi, biasa di temui pada individu top sale atau top 5 dalam networking.
Pandai memujuk dan bersifat kasanova.
SIFAT POSITIF :
Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.
- Mempunyai imaginasi yang baik dan boleh berjaya dalam pelbagai bidang disebabkan ketekunan dan terus berusaha
- Mampu menyesuaikan diri mengikut kesesuaian keadaan
- Sangat sensitif, mudah memahami dan cepat respon kepada orang lain, suasana, muzik, bunyi, warna dan personaliti
- Suka membantu dan bergaul dgn masyarakat
- Prihatin, pandai memujuk dan menghiburkan orang lain. Jika membuat bisnes, boleh mendapat keuntungan besar dengan menggunakan kebijaksanaan PR dan pujukan
- Menjadi perhatian ramai dan ada pengikut tersendiri
- Mempunyai deria ke6 yang kuat
Huraian Individu Asas 9 berdasarkan Akademi Metafizik Excel 769 :
Anda mempunyai kebolehan sebagai “penghibur”. Anda adalah seseorang yang sensitif, mudah memahami dan cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi dan personaliti. Mempunyai minat yang mendalam dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib, magik ataupun mistik.
Anda seorang yang gagah, boleh dipercayai dan boleh diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan. Seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain. Juga, tekun dalam membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan.
Anda juga mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang lain memahaminya dan terpedaya dengannya. Anda boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram.
Yang tak bestnya, anda mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu. Oleh itu, anda perlu belajar mengawal emosi secara bijak melalui pemahaman prinsip kejayaan, falsafah, metafizik dan kaedah kekuatan kerohanian yang lain.
Sertai Telegram Saya : Nota Elqiranibizz
**********************************