الملك
AL-MALIK
MAHA BERKUASA

Maha Berkuasa
The King, The Sovereign
Maha Merajai/Maha Memerintah/Maha Menguasai
Ialah Raja yang paling agung diseluruh alam, iaitu mengatur kerajaan-Nya sesuai dengan kehendak-Nya sendiri.

FADHILAT
- Apabila dizikirkan ‘Ya Malik’ sebanyak 121 X setiap pagi atau pada waktu Zawal iaitu setelah tergelincirnya matahari; Insya’Allah segala pekerjaan yang dilakukan seharian akan mendatangkan kekayaan dengan dibukakan pintu rezeki dan segala pekerjaan yang dilakukan akan mendatangkan berkat dan diredhai Allah SWT.
- Sesiapa menyebut ‘Ya Malik’ berulang kali, Insya’Allah akan mendapati dirinya serba lengkap dan dihormati orang lain dengan sebaik-baiknya.
- Sesiapa menyebut ‘Ya Malik’ sebanyak mungkin, InsyaAllah akan mendapati dirinya serba lengkap dan dicukupkan keperluannya tanpa bergantung kepada orang lain.