5 Tips Travel Sempena Cuti Perayaan di Musim Covid-19
Selamat Menyambut Perayaan!
Mesti ramai yang tak sabar nak travel balik kampung jumpa keluarga dan sanak saudara kan?
Ketahui 5 Tips Travel Sempena Cuti Perayaan. Jangan Abaikan walaupun nampak Remeh!
1. Catit dan Simpan Maklumat Waris
Beberapa hari lalu saya berhadapan dengan situasi cemas. Boleh rujuk cerita saya di SINI
Lepas kejadian tu, saya dapati adalah sangat penting untuk kita maklumkan pada siapa2 berkenaan perjalanan kita & sediakan beberapa nota kecil (lagi bagus laminate) mengandungi maklumat Waris supaya sekiranya terjadi apa-apa pada kita, orang awam dapat bertindak lebih pantas menghubungi waris kita.
Nota Kecil – Maklumat Waris boleh buat seperti ini :
Nota Contact Kecemasan Emergency
** Update : Baru-baru ni ibu bapa saya ke umrah. saya upgrade Design ni supaya lebih mudah untuk orang lain faham dan beri bantuan apabila terjumpa kad ini bila berlaku kecemasan.
Nota Contact Kecemasan Emergency – English (Depan)
Nota Contact Kecemasan Emergency – English (Belakang)
Dah print & Laminate, boleh selit di mana2 yang mudah orang jumpa seperti selit di casing HP, Wallet, Bag Pakaian, dan barang-barang kita lain.
Again, saya tekan kan penting bersedia dengan nota ni, kenapa?
Dari Kisah Pak Cik yang bersendirian jatuh Kejang seorang diri ni.. Alhamdullillah waktu tu HP pakcik tak di Lock, so mudah untuk saya cari contact waris pakcik.
Tapi kalau ikut kebiasaan orang.. semua orang memang akan Lock HP masing2 untuk privacy. Kalau2 tiba terjadi kes kecemasan macam pakcik? Apa lagi cara pantas untuk orang bantu?
Sebab tu sekurang-kurang nya bila ada Nota Kecil ni, orang awam akan lebih pantas bertindak untuk maklumkan kepada waris terdekat tentang apa yang terjadi pada kita.
2. Pastikan Kereta dalam keadaan yang terbaik
Sebelum mulakan perjalanan, pastikan :
- Minyak petrol/diesel dah isi penuh
- Paras air radiotor (coolant), minyak enjin, minyak power stereng dan minyak brek berada antara Min & Max
- Pastikan keadaan minyak power stereng berwarna keemasan, kalau warna gelap, sila ganti
- Periksa wiper – air wiper antara Min & Max, getah wiper dalam keadaan elok, motor wiper berfungsi
- Sistem Aircond – Kipas pendingin condenser berfungsi
- Bateri kereta – pastikan kalau pakai bateri basah, air berada di antara Min & Max
- Kunci Spare – sila buat kunci pendua dan simpan dalam wallet/ beg duit supaya sekiranya tertinggal atau berlaku kecemasan, ada kunci spare untuk digunakan
- Lain-lain – Botol berisi air, Jack dan tool tayar, Lampu Picit, Jumper, 1st Aid & set spanar
3. Makanan & Minuman
Source : rileklah.com
Jangan lupa sediakan makanan ringkas dan minuman dalam kereta. Kebiasaanya bila waktu perayaan, jalan akan sesak dengan kenderaan.
Kawasan R&R pun akan penuh dengan pengguna lebuhraya yang dalam perjalanan ke destinasi masing2.
Jangan lupa! Kita masih belum menang dan bebas dari Covid-19! Adalah lebih baik kita cuba elakkan dari berada di kawasan sesak seperti R&R dan sebagainya.
Selain dari tu, bila kita prepare makaan dan minuman, anak-anak akan kurang meragam kerana perut mereka tidak akan lapar.
Pssttt: Jangan pulak makan besar dalam kereta macam dalam gambar, ambooiii
4. Topup Kad Touch N Go & pastikan bateri Smart Tag dalam keadaan baik
Gambar : thesundaily
Pastikan baki kad Touch N Go mencukupi. Tambah nilai sebelum memulakan perjalanan. Touch N Go kini dilengkapi dengan Smart Tag, PayDirect dan RFID yang boleh dihubungkan dengan aplikasi eWallet – TnG dan lebih senang untuk tambah nilai, kan?
Tapi jangan lupa pastikan eWallet anda mempunyai baki yang mencukupi ya!
5. Pastikan rumah dalam keadaan selamat sebelum anda mulakan perjalanan
- Matikan dan cabut plug Mesin Penapis Air – banyak kes kebakaran berpunca dari Mesin Air
- Cabut kepala tong gas
- Tutup suis lampu dan kipas. Biarkan satu atau dua sahaja lampu yang di buka
- Bersihkan sampah dan baju kotor yang lembap
- Cabut soket-soket peralatan elektrik dan suis aircond yang tidak digunakan. Jimat elektrik dan lebih selamat
Okay, setakat ini tips dari saya, kawan-kawan ada tips lain?
Jom la share! Saya doakan kawan-kawan sentiasa dipermudahkan segala urusan & sentiasa selamat.
Kita Masih Belum Menang.
Kita Jaga Kita