Cara Daftar Perkeso Untuk Kerja Sendiri.


CARA DAFTAR PERKESO UNTUK KERJA SENDIRI

Ketahui langkah demi langkah untuk daftar perlindungan untuk diri anda khasnya untuk anda bekerja sendiri.

Tahukah anda?
Pihak kerajaan telah memberi skim bantuan kemalangan melalui PERKESO.

Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan Bencana Pekerjaan Sendiri ertinya kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.

Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Skim ini menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

Baca juga : Ujian Saringan Kesihatan Mental (DASS)

Bermula Januari 2020, skim MATRIX ini telah memperluaskan kategori bagi sesiapa yang bekerja sendiri di bawah 19 jenis kategori. 

Jenis Pekerjaan yang Layak

Jenis-jenis pekerjaan yang layak untuk mencarum adalah seperti berikut:

      • Pengangkutan Barangan dan Makanan
      • Perniagaan Online
      • Pertanian
      • Teknologi Maklumat
      • Penternakan
      • Pemprosesan Data
      • Perhutanan
      • Ejen
      • Perikanan
      • Perkhidmatan Profesional
      • Makanan
      • Perkhidmatan Sokongan
      • Pembuatan
      • Kesenian
      • Pembinaan
      • Perkhidmatan Isi Rumah
      • Penjaja
      • Penjagaan Perawatan dan Pemulihan
      • Kesihatan
      • Premis Penginapan

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang diperlukan untuk mendaftar Perkeso adalah seperti berikut :

      • Warganegara Malaysia / permaustautin tetap tanpa mengira had umur
      • Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah

Dokumen Yang Diperlukan

Bagi yang ingin mendaftar Perkeso untuk diri sendiri anda perlu serta dokumen yang diperlukan seperti di bawah :

      • Salinan kad pengenalan
      • Salinan lesen / kad pemandu / profil e-hailing / permit / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih

Cara Bayar Caruman

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu :

      • Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO
      • Kaedah online melalui online banking di matrix.perkeso.gov.my (pilih butang ‘bantuan’ untuk panduan)
      • Pembayaran caruman boleh dibuat secara tahunan atau bulanan

Pilihan Pelan Caruman Perkeso Kerja Sendiri

Kadar caruman berdasarkan pilihan seperti di bawah :

Pelan 1

a) Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan : RM1,050
b) Bayaran Caruman Bulanan : RM13.10
c) Byaran Caruman Setahun : RM157.20

Pelan 2

a) Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan : RM1,550
b) Bayaran Caruman Bulanan : RM19.40
c) Byaran Caruman Setahun : RM232.80

Pelan 3

a) Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan : RM2,950
b) Bayaran Caruman Bulanan : RM36.90
c) Byaran Caruman Setahun : RM442.80

Pelan 4

a) Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan : RM3,950
b) Bayaran Caruman Bulanan : RM49.40
c) Byaran Caruman Setahun : RM592.80

 

Faedah Yang Anda Akan Dapat

Jika anda membuat caruman Perkeso, terdapat beberapa faedah yang boleh anda terima iaitu :

      • Faedah Perubatan
      • Faedah Hilang Upaya Sementara
      • Faedah Hilang Upaya Akal
      • Faedah Elaun Layanan Sentiasa
      • Faedah Orang Tanggungan
      • Faedah Pengurusan Mayat
      • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
      • Faedah Pendidikan

1. Faedah Perubatan

      • Rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik / hospital Kerajaan akan diberikan kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri
      • Membuat tuntutan bayaran ganti kos rawatan di Pejabat PERKESO

2. Faedah Hilang Upaya Sementara

      • Faedah ini akan dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor.
      • Tempoh cuti sakit mestilah sekurang-kurangnya empat hari termasuk hari kemalangn
      • Perlu kemukakan sijil cuti sakit
      • Kadar bayaran RM30.00 – RM 105.33 sehari berdasarkan pelan caruman yang dipilih

3. Faedah Hilang Upaya Kekal

      • Faedah ini adalah untuk orang yang hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan keupayaan seseorang untuk menjalankan pekerjaannya. Tuntutan boleh dibuat selepas tamat tempoh cuti sakit
      • Kadar bayaran sebanyak 90% dari pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan
      • Contoh pengiraan Faedah Hilang Upaya Kekal (bayaran pukal) jika taksiran sama dengan 20% dengan faktor umur 8873 (umur bawah 20 tahun) dan kadar caruman RM592.80.
        = (RM3,950 X 90% ÷ 30 hari) X 20% X 8873
        = RM210,290.10

4. Elaun Layanan Sentiasa

      • Elaun ini akan diberikan kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang tidak berdaya dengan teruknya akibat bencana pekerjaan sendiri sehingga memerlukan layanan tersendiri oleh orang lain
      • Elaun bulanan adalah sebanyak RM500.00

5. Faedah Orang Tanggungan

      • Faedah ini akan dibayar secara bulanan kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri
      • Kadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan
      • Orang Tanggung yang layak ialah Balu atau Duda dan anak yang berumur di bawah 21 tahun.
      • Jika tiada balu, duda atau anak, orang tanggungannya ialah :
        – Ibu atau bapa; atau
        – Adik-beradik berumur dibawah 21 tahun; atau
        – Datuk nenek
      • Faedah sepenjang hayat akan diterima oleh duda/balu, ibu/bapa, datuk/nenek
      • Anak menerima faedah sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal)

Berikut contoh pengiraan Bayaran Faedah Orang Tanggungan kepada Isteri dan Anak

Pelan 1

a) Pendapatan Bulanan Pilihan yang Diinsuranskan : RM 1,050
b) Pencen Bulanan : RM 1,050 X 90% = RM 945.00

Pelan 2

a) Pendapatan Bulanan Pilihan yang Diinsuranskan : RM 1,550
b) Pencen Bulanan : RM 1,550 X 90% = RM 1,395.00

Pelan 3

a) Pendapatan Bulanan Pilihan yang Diinsuranskan : RM 2,950
b) Pencen Bulanan : RM 2,950 X 90% = RM 2,655.00

Pelan 4

a) Pendapatan Bulanan Pilihan yang Diinsuranskan : RM 3,950
b) Pencen Bulanan : RM 3.950 X 90% = RM 3,555.00

6. Faedah Pengurusan Mayat

      • Faedah ini akan dibayar sebanyak RM2,000 kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan sendiri atau semasa menerima faedah hilang upaya

7. Kemudahan Pemulihan Jasmani Atau Vokasional

      • Kemudahan ini akan diberi secara percuma
        Pemulihan jasmani adalah seperti fisioterapi, pembedahan rekonstruktif, anggota tiruan, rawatan hemodialisis, kerusi roda, tilam khas, tongkat, commode chair, lampin dan lain-lain
      • Kemudahan vokasional seperti latihan dalam bidang elektrikal, jahitan, membaiki radio dan lain-lain

8. Faedah Pendidikan

      • Faedah pendidikan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak bagi Orang Berinsurans bekerja sendiri yang mati akibat bencana pekerjaan sendiri atau menerima bayaran berkala faedah hilang upaya kekal dan memenuhi syarat-syarat kelayakan ditetapkan

Baca juga : Berapa Anggaran Kos Rawatan Kanser di Malaysia?

Cara Daftar PERKESO Untuk Kerja Sendiri.

Untuk memudahkan rakyat Malaysia mengambil skim ini, PERKESO telah menyediakan permohonan melalui dalam talian. Jom kita tengok cara-cara untuk mendaftar.

1. Layari https://matrix.perkeso.gov.my/mypass/login, masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit bagi pertama kali daftar ke sistem Matrix ini untuk pendaftaran.

 

2. Isi maklumat pendaftaran dan klik butang “SAYA BEKERJA SENDIRI”

 

3. Klik butang “Daftar” untuk mencarum di dalam skim ini

4. Pilih sektor pekerjaan

 

5. Isi maklumat lengkap diri sendiri & Pilih pelan caruman yang dikehendaki

 

6. Antara dokumen yang penting yang wajib dimiliki oleh pencarum adalah

  1. Surat Perjanjian
  2. Tawaran
  3. Kad Ejen
  4. lesen SSM yang aktif.

VIDEO PENGENALAN :
SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI OLEH PERKESO

(Sumber : Perkeso)

SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI OLEH PERKESO

(Slide / Next untuk ke muka surat seterusnya)

JOM SHARE ARTIKEL INI UNTUK MANFAAT BERSAMA!

2 Comments

  1. shie

    Jika berkerja kedai makan..dapat gaji hari pun boleh ke?

    Reply
    • elqirani

      Bekerja di kedai makan & dapat gaji hari pun boleh juga carum PERKESO,
      ikut langkah dalam post ni on macam mana nak enroll pelan Perkeso untuk masa depan kita
      😀

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Metafizik 3 : Personaliti Dari 16 Petak Nombor

Metafizik 3 : Personaliti Dari 16 Petak Nombor Apa itu Metafizik? Ilmu Metafizik adalah ilmu yang mengumpulkan database manusia2 terdahulu yang mempunyai pattern2 tertentu yang dikenali sebagai No Asas dan Pola. Dari pengumpulan data tadi, dirumuskan akan sifat dan...

Al-Muhaimin – Maha Pelindung

 المحيمن AL-MUHAIMIN MAHA PELINDUNG   The Guardian, The Preserver Yang Maha Pemelihara / Maha Pelindung/Penjaga / Pengawal / Pengawas –  Ialah menjaga dan memerhatikan segala harta benda. Apabila ‘Ya Muhaimin’ dizikirkan sebanyak 145 X sesudah solat fardhu Isyak,...

Pengguna Komputer! Ketahui tentang SINDROM CARPAL TUNNEL

PERHATIAN UNTUK SEMUA PENGGUNA KOMPUTER / LAPTOP ! Cara penggunaan Mouse dan Keyboard yang salah boleh menyebabkan Sindrom Carpal Tunnel! Oleh itu, amalkan posisi yang baik bila anda bekerja dengan Komputer atau Keyboard. Ini adalah contoh pembedahan pesakit yang...

Tips Bebas Hutang

TIPS BEBAS HUTANG Semua orang akan berhutang. TIADA masalah pun berhutang, tapi ingatlah, berhutang dengan niat & usaha untuk bayar kembali.   Kita ambil pengajaran dari contoh perkongsian ini : TIPS BEBAS HUTANG   4 Tabiat Asas Kewangan Peribadi...

5 Tips Travel

5 Tips Travel Sempena Cuti Perayaan  Selamat Menyambut Perayaan!Mesti ramai yang tak sabar nak travel balik kampung jumpa keluarga dan sanak saudara kan?Ketahui 5 Tips Travel Sempena Cuti Perayaan. Jangan Abaikan walaupun nampak Remeh!     1. Catit dan...

Cara Tukar Debit & Kredit Kad untuk My AIA Apps

Cara Tukar Info Debit Kad & Kredit kad MyAIA Langkah demi Langkah untuk Tukar Info Debit Kad & Kredit Kad untuk MyAIA Apps Anda!  Source : Youtube Elqirani69 Langkah 1 Layari Website ini & Login :https://www.aia.com.my/en/my-aia/myaia-login.html...

Checklist – Senarai Barang Keperluan Pelajar

Checklist Senarai Barang Keperluan Pelajar  Nervous nya! Anak dah nak mula persekolahan nanti, tapi dah cukup ke semua barang keperluan sekolah? Berikut Checklist Senarai Barang Keperluan Sekolah Anak untuk panduan kita bersama. Boleh juga letak harga untuk panduan...

Pakcik Kejang Menggelupur di Restoran Jejantas, Ayer Keroh Melaka

Baru terjadi tadi… On the way balik Johor singgah Restoran Jejantas, Ayer Keroh, Melaka. Singgah sekejap di situ, nak makan, lapar. Sambil dukung anak, 9 bulan, Erisha, melintas jalan, tiba-tiba ada abang ni panggil2, pandang dia, dekat sebelah dia ada pakcik tengah...

Al-Malik – Maha Berkuasa  

  الملك AL-MALIK MAHA BERKUASA  The King, The Sovereign Maha Merajai/Maha Memerintah/Maha Menguasai Ialah Raja yang paling agung diseluruh alam, iaitu mengatur kerajaan-Nya sesuai dengan kehendak-Nya sendiri. Apabila dizikirkan ‘Ya Malik’ sebanyak 121...

Ar-Rahman – Maha Pengasih

  الرحمن AR-RAHMAN MAHA PENGASIH   Pemberi rahmat, kenikmatan dan kemakmuran kepada makhluknya tanpa perbezaan. Dizikirkan ‘Ya Rahman’ setiap lepas solat sebanyak 100 X, Insya’Allah, akan dapat menghakis sifat ‘keras hati’ dan sikap tidak bertimbng rasa. Apabila...

Anggaran Kos Rawatan Kanser di Malaysia

ANGGARAN KOS RAWATAN KANSER di Malaysia : Kanser Payudara: RM18,000 - 395,000Kanser Paru-paru: RM40,000 - 56,000Kanser Lidah: RM45,000Kanser Limfa (Hodgkin): RM20,00 - RM90,000Kanser Perut: RM35,000 keatasKanser Pankres: RM35,000 - RM60,000Kanser Hati: RM400,000Kanser...

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2026

PANDUAN PENUH PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2026Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2026 Ketahui panduan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2026 khas untuk Murid lahir 2019. Perhatian buat ibu ayah yang mempunyai anak berumur 6 tahun untuk tahun 2025. Pendaftaran untuk...

JAWATAN KOSONG

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 KERJAYA 𝐀𝐈𝐀 𝐄𝐋𝐈𝐓𝐄 𝐃𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐈𝐓𝐄 𝐏𝐑𝐎

Nak tak kerja dalam keadaan environment sangat Positif & Tiada isu sailang bila naik pangkat? 📢
Adakah anda serius mencari kerja? 📢
Adakah anda mahu explore bidang sales? 📢
Adakah anda sukakan cabaran & suka belajar benda baharu? 📢

Dapatkan HADIAH PERCUMA dari saya!

X
error: Content is protected !!