Pengenalan Metafizik


Apa Itu Metafizik? Apa Maksud Metafizik?

Ketahui apa itu Metafizik dan bagaimana mengetahui potensi diri dengan Kaedah Metafizik.

Pengenalan Metafizik dan Kaitannya dengan Pernomboran (Numerologi)

 

Apa Itu Metafizik dan Apakah Maksudnya?

Metafizik merupakan ilmu yang sangat luas dan abstrak. Ia adalah ilmu di bawah cabang ilmu falsafah di mana ia adalah kajian mengenai sesuatu yang luar biasa, hal semulajadi yang berlaku dalam dunia realiti dan mengkaji sesuatu persoalan asas pada zaman kuno. Ia adalah satu ilmu yang mengkaji sesuatu untuk dirungkai seperti bagaimana sesuatu itu boleh terjadi, apakah yang menjadikan sesuatu? atau mengkaji sesuatu hal yang tidak boleh berubah. Sebagai contohnya, kajian mengenai apakah hubungan antara minda atau akal dengan tubuh badan atau fizikal.

Bidang Metafizik ini membincangkan hal hal mengenai menjawab segala persoalan yang muncul pada zamannya. Termasuklah tentang ruang dan waktu.

Sebagai contoh, Filem Dr. Strange, ingat tak guru Dr. Strange yang digelar ‘Ancient One’? Macam mana dia jelaskan tentang dimensi lain, ha lebih kurang macam ni lah cerita nya. 

Keluasan ilmu metafizik ni merangkumi hal hal ghaib, fenomena yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, sesuatu yang bukan biasa seperti aura, tenaga, frekuensi, gelombang dan banyak lagi. Agak sukar untuk memberikan maksud yang spesifik kerana ilmu ini terlalu luas.

Metafizik juga merupakan cabang utama dalam ilmu falsafah di mana ilmu ini sudah sekian lama dikaji oleh ramai tokoh falsafah dari sebelum masihi lagi.

Baca juga : Ujian Saringan Kesihatan Mental (DASS)

Pada zaman purba atau zaman kuno, Antara persoalan persoalan yang dikaji oleh tokoh falsafah pada zaman tersebut adalah;

  • Adakah tuhan itu wujud?
  • Apa itu kebenaran?
  • Apa itu seseorang individu?
  • Apa yang membuatkan individu itu tetap sama sepanjang masa?
  • Adakah manusia mempunyai akal?
  • Jika ada, apakah hubungan akal dengan tubuh badan?
  • Adakah manusia mempunyai kemahuan (free will) – kebolehan untuk membuat keputusan untuk melakukan sesuatu sendiri tanpa dipengaruhi oleh hal hal luar ( Tiada sesiapa mengarahkan untuk melakukannya) atau kebebasan melakukan sesuatu.

Antara tokoh falsafah yang pakar dalam kajian metafizik ini adalah;

  • Aristotle
  • Pythagoras
  • Socratic
  • Plato
  • Democritus
  • Dan banyak lagi.

Tak lupa juga, ilmuan Islam yang membahaskan tentang metafizik ini, adalah;

  • Al-Kindi
  • Al-Ghazali
  • Ibn Arabi
  • Fakhr al-Din al-Razi
  • Ibn Rushd
  • Dan banyak lagi.

Kehidupan hari ini perlu dilihat secara berhikmah (wisdom) dan melangkaui aspek fizik (beyond physic), iaitu secara metafizik. Sains Metafizik bukanlah suatu ilmu yang asing.

Nama-nama terkenal di era tamadun awal ilmu seperti Al-Farabi dan Ibnu Sina sememangnya telah pun membicarakan hal-hal sains metafizik ini. Hari ini, beberapa siri sains kepenggunaan metafizik telah dapat dikenalpasti untuk dimanfaatkan demi kejayaan diri, bangsa dan negara.

Manusia adalah sebahagian dari alam semesta. Fitrah bagi setiap isi alam adalah sama dimana setiap jisim mempunyai tenaga (energy) tertentu dan ianya tertakluk kepada Hukum Alam (Sunatullah).

Bermula dari zarah atom yang sentiasa dikelilingi elektron (science physic), sehinggalah kepada planet-planet yang mengorbit matahari dan sistem cakerawala keseluruhannya, segalanya sentiasa bergetar (vibrate) dan bergerak (move) mengikut Hukum FitrahNya (quantum physic), yang dipandu oleh faktor ‘masa & ruang” (‘time & space’).
Sains Kepenggunaan Metafizik ‘Sains Tingkahlaku Manusia’ (Human Behavioral Science) [HBS].

HBS merupakan jenama baru dalam ilmu psikologi. Diasaskan di bawah penyelarasan Persatuan Anggota Akademik Melayu (Warisan Akademik), Universiti Melaya, Kuala Lumpur.

Kajian personaliti seseorang kini dapat dilakukan tanpa perlu menjalani ’ujian personaliti diri’ sepertimana kaedah psychometric biasa di pasaran. HBS digunakan untuk mengenalpasti pola tenaga diri (potential energy) seseorang yang mempengaruhi tingkahlaku individu tersebut (identifying human behaviour) berdasarkan kod-kod tenaga yang terhasil dari analisa formulasi kiraan tarikh lahir seseorang (berdasarkan Takwim Masihi).

Kod-kod pola tenaga diri itu akan dianalisa dan kemudiannya ditafsir mengikut ilmu falsafah dimana kehidupan setiap manusia itu sebenarnya sama sepertimana yang telah dilalui oleh nabi Adam selaku pemula kehidupan insan. Selagi bernama manusia, kita mengalami drama kehidupan yang telah difitrahkan.

Pola tenaga seseorang itu akan menunjukkan corak kehidupan mereka dari sudut personaliti dan tingkahlaku, kesihatan, hubungan sesama insan, komunikasi, kejayaan diri dan sebagainya. Walaubagaimana pun, tahap kekuatan / kebenaran / intensiti tenaga yang mempengaruhi seseorang tersebut turut bergantung kepada faktor ilmu, rakan taulan (networking) dan persekitaran (environment) mereka.

 Ilmu ini bukanlah bermaksud menilik nasib atau ramalan sepertimana yang pernah di salah anggap, tetapi mengenalpasti potensi tenaga (potential energy) yang terdapat pada diri individu, sebagaimana ragam elektron terhadap atomnya, begitulah ragam/corak tenaga tingkahlaku terhadap jasadnya. Panduan dari pola tenaga diri ini amat berguna, seumpama kita sebagai pemandu yang sedang memandu, berpandukan tanda-tanda jalan (sign board) sebagai panduan untuk sampai ke tempat yang dimatlamatkan.

Ilmu ini bakal merubah paradigma minda seseorang. Ianya tidak tertakluk kepada faktor keturunan, bangsa, negara dan agama, bersifat universal dan benar pada semua orang.

Satu cara utk kita kaji potensi sebenar diri setiap individu terutamanya diri kita. Supaya kita dapat ubah dan perbaiki kearah yg lebih baik dan gunakan semaksima ke jalan yg betul.

 

 

Sertai Telegram Saya : Nota Elqiranibizz

 

Apakah Maksud Disebalik Perkataan METAFIZIK dan asal usulnya?

Berdasarkan sejarah metafizik, perkataan Metafizik berasal daripada dua patah perkataan dari bahasa Yunani. Ia adalah “META” dan “PHYSICS”. Yang membawa maksud kepada sesuatu atau disebalik sesuatu kejadian = “After or behind or among or the study of the natural”.

Kaedah ini adalah untuk memahami apa sebab musabab terjadinya sesuatu dan untuk memperjelaskan apa dan kenapa ia berlaku.

Penerangan terhadap sesuatu yang tidak nampak /ghaib tetapi wujud dan memberi kesan kepada kita.

Contoh: Warna yang kita pakai memberi kesan energi tertentu kepada kita.

Contoh: Jin juga wujud dan kita tak nampak tetapi memberi kesan kepada kita.

Apakah kaitan Metafizik dan Pernomboran (Numerologi)?

Pernomboran (Numerologi) adalah kajian dan analisis mengenai nombor yang berkaitan dengan idea, peristiwa dan sesuatu mengenai kiraan metamatik yang dikaitkan dengan sesuatu kejadian alam. Di mana dipercayai bahawa setiap kejadian alam ada kaitan dengan nombor. Pernomboran (Numerologi) ini juga dikenali sebagai ilmu analisis dan pengiraan mengenai personaliti seseorang individu berdasarkan tarikh lahir, dan nama. Setiap nama seseorang itu mempunyai nilai nombor dan mempunyai maksud.

Pythagoras dan ahli falsafah yang lain percaya bahawa konsep matematik adalah sesuatu yang pratikal dan sangat mudah untuk menjelaskan sesuatu kejadian menggunakan nombor dan kiraan atau corak dan pola pernomboran. Pada pendapat Pythagoras, dia percaya bahawa semua hal ada hubung kait dengan angka dan terserah kepada minda dan pemikiran untuk mencari dan menyelidik rahsia disebaliknya.

Mungkin, disebabkan kajian pernomboran ini adalah dikaji oleh ahli falsafah yang mengkaji ilmu metafizik, maka ia sering dikaitkan dengan metafizik.

Baca juga : Berapa Anggaran Kos Rawatan Kanser di Malaysia?

Perihal Metafizik Pernomboran Islamik

Ilmu Pernomboran yaitu “decoder of number” iaitu ilmu yg menafsirkan maksud dan huraian kepada sesebuah nombor berasal dari ilmu Tamadun Yunani dan Tamadun China berabad lamanya.

Namun, Islam datang memperbetulkan kesalahfaham dan meluruskan kembali decoder or definisi setiap nombor tadi selari dengan syariat.

Sebagai contoh, kaum Tionghua amat membenci angka 4 yang dianggap sebagai kematian sedangkan numbering of Islam menyatakan disebalik no 4 melambangkan ilmu dan perancangan!

Sebelum kita lebih dalam dalam pengkajian tarikh lahir dan huraian, eloklah kita kaji selidik apa yang ada di sebalik rahsia pernomboran:

1 adalah lambang permulaan , tunggal dan kepimpinan (khalifah)

2 adalah lambang pasangan kejadian alam.. bumi langit.. lambang air H20..

3 adalah lambang pergerakan & pengulangan memandangkan 3x wuduk.. 33 tasbih.. tahmid.. tahlil.. takbir

4 lambang ilmu pemgetahuan kerana 4 kitab yang diturunkan dan 4 mazhab yang kekal sehingga hari ini.

5 lambang perubahan diambil dari 5 rukun islam yg mengubah seseorang kafir menjadi Islam dgn 5 perkara tadi.

6 adalah lambang keduniaan kerana dunia diciptakan dalam masa 6 hari.

7 dikaitkan dengan lambang kerohanian & manusia kerana ada 7 martabat nafsu.. 70k bidadari dan Nabi2 ada 124k (1+2+4:7).

8 adalah lambang tanggungjawab memandangkan ada 8 malaikat yang memikul arash.

9 adalah lambang Asmaulhusna iaitu kejayaan.

Satu perihal yang harus difahami adalah: 

Ilmu Metafizik adalah ilmu yang mengumpulkan database manusia2 terdahulu yang mempunyai pattern2 tertentu yang dikenali sebagai No Asas dan Pola.

Dari pengumpulan data tadi, dirumuskan akan sifat dan huraiannya serta dijadikan formulasi untuk kita baca manusia2 yang lain yang ada persamaan pola.

Manusia dibahagikan kepada 9 kategori no asas mengikut tarikh lahir yang digunakan si subjek..

Maksudnya, dalam metafizik Islam kita tidak jumud kepada kalender masihi semata2 bahkan juga kalender hijri..

Ia bergantung kepada tarikh apa yg anda fokuskan.

Memandangkan kita di Malaysia amat bergantung & fokus kepada kalender masihi dalam aktiviti sehari2 maka kita akan fokuskan tarikh lahir masihi..

Kenapa kita ambil Tarikh Masihi sebagai based potensi diri kita??

Jawapannya adalah *Law Of Attraction*

Apa yang fokus, maka energi akan terarah kepadanya..

Jadi energi anda semua sekarang didominasi tarikh lahir MASIHI!

Macam Mana? Menarik tak tentang ILMU Metafizik?
Apa Komen Anda?

JOM SHARE ARTIKEL INI UNTUK MANFAAT BERSAMA!

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Al-Muhaimin – Maha Pelindung

 المحيمن AL-MUHAIMIN MAHA PELINDUNG   The Guardian, The Preserver Yang Maha Pemelihara / Maha Pelindung/Penjaga / Pengawal / Pengawas –  Ialah menjaga dan memerhatikan segala harta benda. Apabila ‘Ya Muhaimin’ dizikirkan sebanyak 145 X sesudah solat fardhu Isyak,...

Testimoni Medical Card AIA : Kemalangan Motor

TESTIMONI MEDICAL CARD AIA KEMALANGAN MOTOR Alhamdullillah Alhamdullillah Alhamdulliillah Sebagai Agent Life Planner AIA,Saya sangat berpuas hati bila 'Guarantee Letter' GL clients saya Approved dalam masa singkat dan clients terus dapat buat rawatan dengan tenang di...

Panduan Mengisi Maklumat Sejarah Imunisasi Anak

PANDUAN MENGISI MAKLUMAT SEJARAH IMUNISASI ANAK UNTUK PENDAFTARAN MURID TAHUN 1  Panduan Mengisi Maklumat Sejarah Imunisasi Anak untuk Pendaftaran Murid Tahun 1 Ketahui panduan mengisi maklumat sejarah imunisasi anak untuk Pendaftaran Murid Tahun 1 Perhatian buat ibu...

5 Tips Travel

5 Tips Travel Sempena Cuti Perayaan  Selamat Menyambut Perayaan!Mesti ramai yang tak sabar nak travel balik kampung jumpa keluarga dan sanak saudara kan?Ketahui 5 Tips Travel Sempena Cuti Perayaan. Jangan Abaikan walaupun nampak Remeh!     1. Catit dan...

Anggaran Kos Rawatan Kanser di Malaysia

ANGGARAN KOS RAWATAN KANSER di Malaysia : Kanser Payudara: RM18,000 - 395,000Kanser Paru-paru: RM40,000 - 56,000Kanser Lidah: RM45,000Kanser Limfa (Hodgkin): RM20,00 - RM90,000Kanser Perut: RM35,000 keatasKanser Pankres: RM35,000 - RM60,000Kanser Hati: RM400,000Kanser...

Pakcik Kejang Menggelupur di Restoran Jejantas, Ayer Keroh Melaka

Baru terjadi tadi… On the way balik Johor singgah Restoran Jejantas, Ayer Keroh, Melaka. Singgah sekejap di situ, nak makan, lapar. Sambil dukung anak, 9 bulan, Erisha, melintas jalan, tiba-tiba ada abang ni panggil2, pandang dia, dekat sebelah dia ada pakcik tengah...

AIA+ Apps – Cara Submit Claim

AIA+ Apps – Cara Submit Claims Untuk Pelan Indivdiu

5 Langkah Urus Duit Bijak Untuk Hidup Lebih Tenang

5 Langkah Urus Duit Bijak Untuk Hidup Lebih Tenang! 💥 Ramai Gaji Besar Tapi Poket Kosong — Ini 5 Langkah Urus Duit Bijak Untuk Hidup Lebih Tenang! "Bukan berapa banyak kita dapat, tapi berapa bijak kita urus yang kita ada." 💭 Zaman sekarang, ramai orang gaji besar...

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2026

PANDUAN PENUH PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2026Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2026 Ketahui panduan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2026 khas untuk Murid lahir 2019. Perhatian buat ibu ayah yang mempunyai anak berumur 6 tahun untuk tahun 2025. Pendaftaran untuk...

Testimoni Medical Card AIA : Ulser dan Denggi

TESTIMONI MEDICAL CARD AIA ULSER DAN DENGGI Alhamdullillah Alhamdullillah Alhamdulliillah Sebagai Agent Life Planner AIA,Saya sangat berpuas hati bila 'Guarantee Letter' GL clients saya Approved dalam masa singkat dan clients terus dapat buat rawatan dengan tenang di...

100 Koleksi Morning Wishes Romantik, Kelakar & Motivasi

100 Koleksi Morning Wishes Romantik, Kelakar & Motivasi

Daftar & Log Masuk MyAIA Apps

Cara Daftar & Log Masuk MyAIA Apps Langkah demi Langkah untuk Daftar & Log Masuk ke MyAIA Apps Anda! Source : Youtube AIA Install MyAIA Apps di Handphone anda & Klik 'Sign Up Here'Langkah 1 Masukkan No Polisi / Sijil / Nombor Ahli serta kad pengenalan Anda...

JAWATAN KOSONG

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 KERJAYA 𝐀𝐈𝐀 𝐄𝐋𝐈𝐓𝐄 𝐃𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐈𝐓𝐄 𝐏𝐑𝐎

Nak tak kerja dalam keadaan environment sangat Positif & Tiada isu sailang bila naik pangkat? 📢
Adakah anda serius mencari kerja? 📢
Adakah anda mahu explore bidang sales? 📢
Adakah anda sukakan cabaran & suka belajar benda baharu? 📢

Dapatkan HADIAH PERCUMA dari saya!

X
error: Content is protected !!