You are currently viewing Metafizik 2 : Kecenderungan Tarikh Lahir

Metafizik 2 : Kecenderungan Tarikh Lahir

Apa itu Metafizik?

Ilmu Metafizik adalah ilmu yang mengumpulkan database manusia2 terdahulu yang mempunyai pattern2 tertentu yang dikenali sebagai No Asas dan Pola.

Dari pengumpulan data tadi, dirumuskan akan sifat dan huraiannya serta dijadikan formulasi untuk kita baca manusia2 yang lain yang ada persamaan pola.

Manusia dibahagikan kepada 9 kategori no asas mengikut tarikh lahir yang digunakan si subjek..

Melalui kaedah pengiraan Metafizik, Petunjuk Pertama yang boleh kita pelajari adalah cara mengira no asas/akar menggunakan tarikh lahir. Dari No Asas/ No Akar, kita dapat pelajari tentang :

Siapakah Diri Kita Sebenarnya?

Apa Potensi Kita?

Apa Kelebihan Kita?

Apa Kekurangan Kita?

JOM KITA KIRA!

Cara Kira? Baca Di Sini : Metafizik 1 : Pengiraan Tarikh Lahir

Pengiraan Tarikh Lahir untuk Personaliti mengikut kaedah Metafizik - Elya

Baiklah, untuk topik ke 2 – Kecenderungan Tarikh Lahir, cara pengiraan seperti dalam gambar ya.

Saya dah label kan huruf yang berwarna hijau dan cara penambahan ke dalam kotak.

Mudah sahaja! Jom kita buat sama2.

a + c ( 1 + 6 = 7). So, letak 7 kat kotak yang dah ditandakan ‘a + c’


b + c ( 5 + 6 = 11, kecilkan lagi. 1 + 1 = 2). So, letak 2 kat kotak yang dah ditandakan ‘b + c’

d + f ( 1 + 5 = 6). So, letak 6 kat kotak yang dah ditandakan ‘d + f ‘

e + f ( 4 + 5 = 9). So, letakkan 9 kat kotak yang dah ditandakan ‘e + f ‘

c + g ( 6 + 2 = 8). So, letak 8 kat kotak yang dah ditandakan ‘c + g ‘

f + g ( 5 + 2 = 7). So, letak 7 kat kotak yang dah ditandakan ‘f + g’

h + i ( 7 + 8 = 15, kecilkan lagi. 1 + 5 = 6). So, letak 6 kat kotak yang dah ditandakan ‘h + i’
.
.
Mudah kan?
.

Langkah seterusnya, saya ada susun 3 nombor kat 3 bahagian. Kombinasi 3 nombor ni maksudnya bahagian nombor/pola kecenderungan kita.

Contoh:

Nombor kombinasi saya adalah 729, 696 dan 786.

 

#1 HURAIAN 3 NOMBOR/ POLA KECENDERUNGAN KITA

Apa yang dimaksudkan disebalik nombor kombinasi kita?

Senarai nombor kombinasi yang kerap ditemui :

1 – Sangat berdikari, namun “ditikam belakang”. Jadi, berwaspada selalu.

56 – Sangat berhati-hati dengan wang

67 – Mudah kasihan orang. Mudah belanja kawan-kawan

71 – Mudah ditipu orang

73 – Orang/pengikut mudah datang dan pergi.

73 – Orang / Kawan mudah datang dan pergi.

156 – Bekerja di luar kawasan. Selalu outstation.

189 – Bergerak ke sana ke mari. Tidak suka duduk di satu tempat

336 – Mempunyai pergerakan wang yang aktif.

786 – Orang suka beri tanggungjawab.

123 – Kekuatan pada suara. Bagus untuk sales, marketing, guru dan usahawan.

123 – Mempunyai kekuatan pada suara. Bagus jadi guru, buat sales, buat marketing, penyanyi atau usahawan.

123 – Kekuatan pada suara. Karier sebagai guru, penyanyi, salesman dan usahawan adalah digalakkan.

123 – Kekuatan pada suara. Boleh jadi penyanyi, guru, buat sales, marketing dan usahawan.

235 – Beremosi, mudah terusik dan baran. 

246 – Pandai dalam bab-bab syarahan dan ceramah.

393 – Cepat mendapat kejayaan, tapi tak bertahan lama.

393 – Cepat berjaya, tetapi tak tahan lama.

426 – Pandai dalam syarahan dan ceramah.

426 – Pandai memberikan ceramah atau syarahan.

456 – Terlibat dan bertanggungjawab dalam aliran wang. Berjaga-jaga supaya jangan terlibat dalam rasuah.

459 – Seorang yang memiliki gerak hati atau 6th Sense.

459 – Memiliki gerak hati atau muslihat. Ilham yang tinggi.

573 – Mudah bergaul dengan orang atas dan orang kenamaan.

573 – Mudah bergaul dengan orang atasan dan kenamaan. Mungkin ada di sabotaj oleh orang lain.

666 – Sangat berhati-hati dengan wang.

729 – Mudah yakinkan orang, jadi tarikan orang.

729 – Mudah yakinkan orang. Menjadi tarikan orang. Bagus untuk jadi usahawan.

729 – Menarik, menawan dan menjadi tarikan orang. Mudah yakinkan orang

729 – Mudah yakinkan orang, menjadi tarikan orang. Juga “pelaris”. Sesuai untuk jadi ahli politik.

729 – “Pelaris”, Mudah yakinkan orang, menjadi tarikan wanita.

729 – Sangat menawan & mudah yakinkan orang.

777 – Sentiasa di kelilingi oleh lelaki.

843 – Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah tukar citarasa. Tetapi, banyak idea dan inovatif.

843 – Selalu tercari-cari kejayaan, sentiasa ingin tukar citarasa.

843 – Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah bosan dan sentiasa ingin tukar citarasa.

843 – Selalu tercarI-cari kejayaan. Mudah bosan dalam satu-satu perkara.

888 – Hiperaktif.

933 – Kejayaan yang singkat. Kena belajar strategi bagaimana yang mengimbanginya.

944 – Kurus dan mempunyai citarasa yang tinggi. 

966 – Mudah untung. Bagus jadi usahawan.

966 – Mudah untung dan usahawan adalah kerjaya yang sesuai

966 – Mudah untung dan bagus jadi usahawan

966 – Mudah mendapat keuntungan. Elok jadi usahawan

966 – Mudah untung, jika mahu. Sesuai untuk jadi usahawan. Lepas tu boleh jadi dermawan, macam Syed Mokhtar atau Bill Gates.

966 – Mudah untung, bagus jadi usahawan.

966 – Mudah untung, elok jadi usahawan.

999 – Banyak peluang dan kejayaan, tetapi kesunyian.

Baca juga : Berapa Anggaran Kos Rawatan Kanser di Malaysia?

**********************************

#2 POLA-POLA YG BERKAITAN DENGAN NO 6 (PATTERNS OF 6) 

Contoh seperti 426, 363, 696, 156, 876, 456, 666, 396 :

426 – dunia pendidikan – penceramah, pensyarah, pusat tuition atau sebagainya.

786 – pemimpin – pengarah, pengurus, ahli politik.

156 – transport, outstation, sekuriti – courier, logistic,polis.

696 – perniagaan – peniaga, usahawan.

456 – dunia kewangan, money matters –bank, insuran.

336 – pelaburan – shareholder, perdagangan mata wang/forex.

666 – money matters, gold – bank, insuran, gold broker

396 – retailer – stockist, hypermarket.

Apa yg ingin ditekankan disini adalah peluang rezeki yg banyak/lumayan dari bidang2 tersebut.

Baca juga : Cara Daftar PERKESO untuk Sesiapa yang bekerja sendiri

**********************************

#3 NOMBOR 7 (PENGARUH DAN TARIKAN) 

Kebiasannya pola 729 adalah pelaris semulajadi..

tetapi pola berangkai 7 seperti 786, 753, 775, 769, 764, 777 juga mempunyai pengaruh/ pelaris diri cara berlainan..

Contohnya

753 pelaris diri kerana selalu berurusan dgn vip..

786 mereka selalu mempunyai tarikan sebagai ketua dan tempat rujukan penyokongnya..

777 penyokong dan disukai ramai/ aura tersendiri.

769 bertuah kerana selalu dibantu dan disokong baik segi rezeki/wang dan kuasa.

764 selalu mereka golongan pendidik/ cendikiawan yang bepengaruh dan segi kebijaksaan idea yg hebat sperti kebanyakkan penerima anugerah Nobel.

Baca juga : Kenapa Masih Tak Ambil Insurance?

**********************************

#4 SENARAI NOMBOR KOMBINASI LAIN-LAIN

573 – Pola orang kenamaan / orang terkenal.

13 – Pola aktif (kekuatan fizikal).

5955 – Pemimpin yang tegas, keras hati dan kekuatan fizikalnya serta mahu buat perubahan.

459 dan 549  bijak dalam muslihat perancangan. Ada gerak hati yang bagus.

545544 – perancang yang hebat.

494 – memiliki pengetahuan yang tinggi.

426 – penceramah yang bagus.

933 – Mudah dapat kejayaan tapi tmpohnya singkat – kena belajar strategi untuk imbanginya.

9 di tengah – hidup untuk berbakti kepada masyarakat (humanity). Seorang yang penampilannya bersih dan kemas.

7 di tengah arah mata angin – mudah disenangi ramai pengikut.

Memiliki kesemua nombor 1 hingga 9 = seimbang dan sempurna.

Profil Kelemahan :

456 – dituduh salah guna wang (Thaksin juga punyai pola nombor 456 dituduh rasuah)

Baca juga : 6 Tips Memilih Takaful Insurans

**********************************

#5 INFO UNTUK POLA 729

 

Ini adalah pola pelaris (lagi sekali ini adalah statistik bukan ramalan).
Sesiapa yg ada pola ini cuba perhatikan situasi di mana jika ke sesebuah restoran/kedai makan yg tiada/kurang pengunjung dan setelah mereka duduk disitu akan semakin ramai pelanggan yg datang dengan izin Allah ler..
 
Tak percaya, pergi try test – kalau tak jadi, cuba pakai minyak wangi lebih sikit, hehehe.
 
Kalau jadi seperti dijangka, guna kelebihan tu untuk mencari rezeki..

Baca juga : Kisah Pakcik Kejang Menggelupur Seorang Diri di R&R Air Keroh Melaka

**********************************

Sertai Telegram Saya : Nota Elqiranibizz

**********************************

Macam Mana? Menarik tak tentang ILMU Metafizik? Apa Komen Anda?

Suka dengan Analisis Personaliti seperti ini? Boleh juga explore ujian-ujian lain ~

elqirani

Hi saya Elya! Semoga anda akan dapat manfaat dari Website ini ya! Mohon sedekah kan Al-Fatihah untuk Saya, Suami, anak2 dan keluarga saya~ Semoga rezki anda semakin dimurah kan dunia akhirat! :)

Leave a Reply