Ujian Saringan Kesihatan Mental (DASS)


UJIAN SARINGAN KESIHATAN MENTAL (DASS)

UJIAN DASS (Depression – Anxiety – Stress – Scale )

Uji Tahap Kemurungan/ Kerisauan /Stress anda.

5 Langkah Saringan Kesihatan Mental DASS - Elya - Public Health Malaysia - KKM


Pernahkah anda berasa tertekan dan kemurungan?

Dengan peningkatan kes Covid-19 yang tidak tahu di mana penghujungnya, mungkin ramai antara kita yang mengalami stres melampau hingga menyebabkan kemurungan.
Mungkin anda salah seorang daripadanya?

Stress dan depresi semakin disebut-sebut oleh masyarakat zaman ini.

Emosi yang terpendam ini bukan saja akan mengganggu perasaan diri sendiri, malah sekiranya tidak di kawal, akan sampai tahap bahaya dan boleh menggerakkan minda bawah sedar hingga berlakunya jenayah yang membahayakan diri dan nyawa orang lain.


BAHAYA KAH STRESS ?

Dipetik dari portal MyHealth, stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan.

Stres ini sebenarnya adalah sesuatu yang perlu dikekalkan pada tahap sederhana kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang. Jika terlalu rendah, seseorang mungkin kurang motivasi dan kurang tumpuan kepada kerja. Sebaliknya, jika ia berada di peringkat tinggi, seseorang akan mengalami tekanan emosi yang negatif.

Jika stres dipendam dan dibiarkan dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang teruk kepada diri seseorang.
Antara kesan serius yang perlu diberi perhatian adalah:
    • Mudah keletihan dan cepat penat
    • Kekecewaan
    • Hilang semangat ( “burn out” )

Rasanya ramai yang mengalami salah satu di atas ini kan?

 

Baca juga: Berapa Anggaran Kos Rawatan Kanser di Malaysia?

 


NAMPAK CERIA TAPI DEPRESI DAN KEMURUNGAN

Depresi adalah penyakit mental yang semakin membimbangkan dan jangan dipandang remeh. Tak semua yang alami depresi ni kelihatan sedih, muram dan down. Sebaliknya, ada yang nampak ceria dan normal macam tiada apa pun yang berlaku pun boleh mengalami depresi.

Pada 17 Januari 2019), seorang Ustazah yang dilaporkan hilang kerana mengalami stress disorder akibat stres di tempat kerja sebab gagal berpindah dan terpaksa berulang-alik 200km setiap hari.

Bahkan, kadar depresi dalam kalangan rakyat Malaysia menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 50% pesakit depresi dari 2011 sehingga 2015.
50% peningkatan okay!

Maka, sekiranya rasa terlalu stres, pastikan jangan abaikan dan kena ambil tindakan untuk mengawal stress.

Ajak rakan-rakan anda untuk ambil ujian ini jika mereka kelihatan murung dan depresi.
Semoga ia dapat membantu anda mendapatkan rawatan awal dan sekaligus menguruskan masalah stress secara terkawal.

%

Peningkatan Pesakit Depresi dari 2011 sehingga 2015


Anda boleh mengukur tahap stres dan kemurungan ini melalui Ujian DASS.

Depression Anxiety Stress Scale atau Ujian DASS ialah satu intrumen ujian saringan bertulis untuk mengenal pasti tahap kemurungan, kerisauan dan stress seseorang.

Dengan menjalankan ujian saringan ini, anda boleh ketahui status kesihatan mental anda samada anda stress, bimbang, atau kemurungan.

Penekanan semula disini ialah, diingat bahawa DASS bukanlah diagnosis, namun dokumen ini boleh digunakan untuk merujuk masalah yang dihadapi oleh individu tersebut kepada klinik kesihatan / pakar.

saringan-kesihatan-mental-dass-murung-depressi-anxiety-kerisauan-Elya


2 Cara Mengambil Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) – Online / Offline

 


CARA 1 : UJIAN DASS ONLINE

Sila klik pada Link berikut untuk memulakan Ujian Kemurungan ini secara Online.

DASS (Depression Anxiety Stress Scales) TEST – ORANG AWAM

Anda perlu menandakan pada skala yang disediakan keadaan anda dua (2) minggu yang lalu.

a. Ujian saringan ini mengandungi 21 soalan.

b. Jawab semua soalan.

c. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan, iaitu :

        • Tidak Pernah
        • Jarang
        • Kerap
        • Sangat Kerap

d. Jawab soalan dengan memilih SATU jawapan mengikut kesesuaian dan bertepatan dengan situasi diri anda.

e. Tiada jawapan betul atau salah.

 

CARA 2 : UJIAN DASS OFFLINE/BERTULIS

Selain menjawab secara online, anda boleh merujuk kepada link berikut untuk mencetak Ujian Saringan Kesihatan Minda Sihat ini dan menjawabnya secara manual.

Peringatan :

Ujian ini adalah untuk saringan kesihatan minda dan individu perlu menghubungi pakar perubatan atau kaunselor sekiranya didapati keputusan ujian mendapati mereka mempunyai skor kesihatan minda yang tidak sihat.

Sila cetak keputusan atau screen shot keputusan ujian saringan ini sebagai rujukan.

Baca juga: Ujian Personaliti Melalui Gambar Ilustrasi


Jangan Abaikan Stress! 

Dapatkan Sokongan Moral & Emosi

 

Ingat, depresi BUKAN gila dan anda berhak mendapatkan pertolongan dan rawatan.

Sertai Support Group Depression Survivors (Malaysia) untuk sokongan moral dan emosi.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Ujian Saringan Kesihatan Mental ini, sila rujuk Public Health Malaysia atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

JOM SHARE ARTIKEL INI UNTUK MANFAAT BERSAMA!

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JAWATAN KOSONG

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 KERJAYA 𝐀𝐈𝐀 𝐄𝐋𝐈𝐓𝐄 𝐃𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐈𝐓𝐄 𝐏𝐑𝐎

Nak tak kerja dalam keadaan environment sangat Positif & Tiada isu sailang bila naik pangkat? 📢
Adakah anda serius mencari kerja? 📢
Adakah anda mahu explore bidang sales? 📢
Adakah anda sukakan cabaran & suka belajar benda baharu? 📢

Dapatkan HADIAH PERCUMA dari saya!

X
error: Content is protected !!